Wednesday, January 26, 2011

Re: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai

 

Kalau semua orang boleh dapat masukkan anak sekolah Kemas bagus juga, tapi jumlah penerimaan pelajar terhad,itu yang terpaksa hantar anak kat sekolah lain.Sekolah berasrama pulak bila gaji penjaga 500ng lain  keatas caj 450 lebih dari orang lain tak tengok plak tanggungan ada berapa orang.Bukan nak protes sesaja tak salah bersuara nak melepaskan sebak didada.Dulu2 memang ingat lagi ayah tak ada keluar duit pun nak register,cuma hantar aja ke sekolah,memang boleh kata free,tapi buku tulis belil..lah.


 
love life but not in love with it,scared of death but can't stop thinking of it.



From: "sitisifir10@gmail.com" <sitisifir10@gmail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wed, January 26, 2011 9:36:09 PM
Subject: Re: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai

 

Org dulu rm170 anak 7 org tp makanan tanam tepi rumah atau cari dlm hutan,ikan tangkap laut, byk benda xpayah beli..tanah masing2 dah jadi peneroka, rasa takde duit sikit jual murah pun boleh guna utk hidup lama.. Kalau dlm keadaan sekarang ni,saya rasa susah nak banding dgn dulu..salah petik sayur buah dikata mencuri..nak dpt harta warisan dr ibubapa pun agaknya ada yg xberpeluang sbb dah jual perabis..

Pasal pendidikan anak2 ni, kalau rasa nak jimat hantar ke kemas atau pasti. Tp tupun tgk kawasan juga..ada cawangan yg mungkin cas lebih.. Cas mahal belum ttu servis baik, itu pemerhatian saya dgn 3 anak sulung saya. Sekarang saya rela jaga sendiri 2 anak saya yg bongsu ni.. Tp t'paksalah juga melabur mencari alat2 bantu mengajar :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 26 Jan 2011 04:29:44 -0800 (PST)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai

 

Saya nk mencelah sedikit lah..
Saya rasa individu yg kata RMT dimansuhkan tu tidak benar. RMT masih berjalan seperti biasa.

Dalam soal e-kasih ini, walaupun pihak kerajaan telah memberi kebebasan kepada ibubapa untuk mengisi sendiri maklumat , pihak sekolah tahu dan maklum bahawa bukan semua ibubapa/penjaga yg celik IT. Justeru itu, pihak sekolah masih menawarkan bantuan sekiranya diperlukan oleh ibu bapa .Apa yang perlu , pihak ibu bapa perlu sanggup datang ke sekolah.

 

--- On Wed, 1/26/11, Keroro Gunso <akatika@gmail.com> wrote:

From: Keroro Gunso <akatika@gmail.com>
Subject: Re: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, January 26, 2011, 4:08 PM

 

cik anisa..
mintak tolong bagi nama sekolah yang menjimatkan tu..
saye nak antar gak anak saya kesekolah tu...
mana tau dekat.
tidak pun kawan kawan len boleh tumpang kebajikan kerajaan.

ps.. minta tolong sangat2..

2011/1/25 ANISAH ABD MAJID <nisamajid@yahoo.com.my>
 

sape suruh masuk tadika yg byr mahal2 . kemas br rm10-15 . yuran pendaftaran x lah mahal sgt . buku sume free . nak belagak masuk sekolah seblm rm50-100 tu nape .
 
anak aku sekolah rendah all in x smpi pun rm50 . saje je nak propaganda . rasanya sekolah kat selangor yg mahal sgt ni . hari tu area damansara , ni mesti KERAjaan negeri yg sabotaj ........
 
semua nak free . buat mcm uk protes harga pengajian naik . mogoklah . lupa lak klu x silap dia mkn bangkai binatang . diorg yg negara kaya raya pun x de pengajian percuma ...
 
suka hatilah kalau tak puas hati . tp kat RG ni mmg byk sgt yg sentiasa membangkang jer , benda x betul atau segelintir negeri jer yg effect heboh satu dunia. bila kerajaan buat baik kata nak bodek . cit podah.......
 
bapak aku dulu gaji rm170 anak 7 org tak heran pun . x bising pun . aku tau mesti kata dulu rm170 mcm2 dapat . tp kut smpi 9 mulut nak mkn , rasanya samalah ngan sekarang gaji rm700 mkn 5 org .
 
fikir-fikirkanlah jgn asyik nak free je . sekolah kutip pun utk actvt sekolah bkn kerajaan dapat pun .
 

 


From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, January 25, 2011 19:02:16
Subject: Re: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai

 

yuran tadika anak aku : pendaftaran RM170; bulanan RM10.... tadika perpaduan, jabatan perpaduan ...... kerajaan punya.....


From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Sent: Tuesday, 25 January 2011 17:57:35
Subject: RG09... Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja.....makin hari makin mahai




Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja
Posted on Monday, January 24 @ 18:21:04 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

Analisis Isu Oleh: amkns

"Ada Duit Pergi Sekolah, Tak Ada Duit Pergi Kerja 

Oleh Suara Keadilan    

Setiap kali bermulanya sesi persekolah baru bermulalah keluhan ibu bapa berhubung yuran persekolahan anak mereka yang semakin meningkat saban tahun. "Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja" beginilah keadaan kanak –kanak kita yang tidak mampu membayar yuran persekolahan.

Kami Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kesal dengan peningkatan yuran persekolahan bagi sesi 2011. Ketika rakyat ditekan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan pengguna, ia bertambah rumit lagi  dengan peningkatan yuran persekolahan awal tahun ini. 

 GMPP telah membuat kajian kenaikan yuran sekolah di beberapa Sekolah Rendah dan Menengah dan juga Tadika di sekitar negeri Selangor dan Perak.

 

Kita dapati rata-rata Sekolah Rendah telah meningkatkan bayaran tambahan di antara RM35- RM40 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26-RM28 bagi setiap pelajar.

 

Pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini langsung tidak memberi  sebarang kesan kepada ibu bapa. Ini  bagaikan udang disebalik batu, sekarang pelajar dikenakan dengan pelbagai yuran tambahan yang berlipat ganda daripada yuran persekolahan RM4.

 

Manakala bagi Sekolah Menengah pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM60 hingga RM80 dan ia tidak termasuk lagi yuran tahunan PIBG.

 

Difahamkan terdapat sekolah yang menetapkan yuran PIBG lebih dari RM100. Mungkin bayaran tambahan ini satu perkara kecil bagi keluarga yang berpendapatan lebih RM4000 ke atas sebulan. Tetapi 1.3 juta rakyat Malaysia masih berpendapatan kurang dari RM700 sebulan, lebih rendah dari paras garis kemiskinan RM720.

 

Bayangkan keadaan keluarga yang mempunyai anak di antara 3-5 orang yang masih bersekolah.

 

Keadaan menjadi lebih teruk bagi ibu bapa yang mempunyai anak ke Tadika. Yuran pendaftaran sahaja sudah mencecah RM300-RM400 ia tidak termasuk yuran bulanan di antara RM50-RM100.

 

Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300- RM400 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan ia bertambah mengikut tahap.

     

DI BAWAH ADALAH PERBANDINGAN YURAN SEKOLAH  RENDAH ANTARA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SK)  &  BANTUAN MODAL  (SJKT & SJKC ) . Sila rujuk pautan berikut http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2

 

Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di sekolah-sekolah yang terletak di Perak, Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur. Bayaran tidak semestinya sama dan ia bergantung kepada sekolah berkenaan. Ibu bapa boleh memilih perkara yang perlu.(tapi kebanyakkan sekolah akan menyuruh ibu bapa bayar jumlah penuh seperti di atas)

 

Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar sebanyakRM100 – RM150 yang kian naik. Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku.

 

Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. Ada pula ibu bapa yang rela menghantar anak mereka untuk bekerja daripada sekolah.

 

Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.

 

Selain bebanan yuran persekolahan, kerajaan BN turut melenyapkankan beberapa insentif untuk murid secara senyap-senyap.

 

TAHUN 2011 :

 

1. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) adalah skim makanan percuma untuk pelajar miskin yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau pendapatan perkapita kurang daripada RM80. Setiap makanan RMT diperuntukkan RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.  Namun tahun 2011, kerajaan mengumumkan bahawa peruntukkan telah dikurangkan untuk RMT, rata-ratanya sekolah kerajaan yang mempunyai jumlah enrolmen murid seramai 300 orang, hanya 4 orang murid yang layak menerima RMT. Ada sekolah yang masih tidak membekalkan RMT melainkan menerima sumbangan dari PIBG mahupun guru-guru di sekolah berkenaan. Malah ada daerah yang mengesa ibu bapa pergi ke pejabat Penghulu Daerah untuk memohon bantuan RMT.

 

2. KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) telah diganti dengan E-Kasih di mana ibu bapa perlu membuat permohonan di Pejabat Penghulu Daerah. Ibu bapa dari kawasan luar bandar yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 dan ibu bapa dari bandar dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 layak menerima bantuan E-Kasih. Ini menambahkan lagi beban ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti untuk pergi ke Pejabat Penhulu untuk membuat permohonan melalui online dan ramai ibu bapa tiada pengetahuan IT dan kemudahan internet untuk berbuat demikian.

 

Sistem Pendidikan Malaysia,  dimana kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar polisi seperti bertukar pakaian.

 

Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara  kos pendidikan yang semakin meningkat.

 

Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.

 

Di bawah strategi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pelbagai projek mega dicadangkan untuk menelan keuntungan yang berlipat ganda menggunakan platform kroni-kroni yang korup.

 

Antara projek adalah :

 

· Pembinaan Istana baru di Jalan Dutayang menelan kos yang mencecah sehingga melebihi RM800 billion.

· Projek Aliran Transit Massa ( MRT ) yang  menelan RM36 billion (ia hanya merangkumi kos pembinaan dan tidak termasuk kos pengambilan tanah) dan ia merupakan projek infrastruktur terbesar yang dijalankan di Malaysia.

· Cadangan membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat  dengan anggaran kos      RM 5 billion.

 

Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan anak-anak. Indah kata daripada rupa.

 

Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan?

 

Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan kekalkan pemberian subsidi untuk mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak berulang.

 

Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk keuntungan dan kepentingan kroni semata-mata.

  

GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP) berpendirian bahawa:

 

1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya dibayar dengan wang semata-mata.

2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.

3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.

  

4. Pengangkutan, pakaian seragam  dan makanan percuma perlu disedikana untuk keluarga yang berpendapatan  kurang dari RM1,500.

5. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas atau dan hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi untuk disalurkan dalam pendidikan.

6. Kekalkan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat.

7. Hentikan dengan segera projek-projek mega yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

 

" YURAN NAIK, SEMUA NAIK….

 

"YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN"

 

Sumber : http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2

 

 

"










--
Ahmad Alkashah Bin Kamis
mnp/ enterprise team
celcom contact center
mc site.

Salam bahagia
have Fun..
______________________________________________________________________________________________________________________________


DISCLAIMER

Contents are specifically for enjoyment and materials come from various sources, none of which I claim as my property. If any belongs to you, please consider it an honor that the content was worthy enough to be shared. Any resemblance to real persons, living or dead is purely coincidental. This is not an offer to sell securities. Sealed for your protection, do not read if safety seal is broken. Read only with proper ventilation. Smoking this article could be hazardous to your health. Disclaimer does not cover misuse, accident, lightning, flood, tornado, tsunami, volcanic eruption, earthquake, hurricanes and other Acts of God, neglect, damage from improper reading, incorrect line voltage, improper or unauthorized reading, broken antenna or marred cabinet, missing or altered serial numbers, electromagnetic radiation from nuclear blasts, sonic boom vibrations, customer adjustments that are not covered in this list, and incidents owing to an airplane crash, ship sinking or taking on water, motor vehicle crashing, dropping the item, falling rocks, leaky roof, broken glass, mud slides, forest fire, or projectile (which can include, but not be limited to, arrows, bullets, shot, BB's, shrapnel, lasers, napalm, torpedoes, or emissions of X-rays, Alpha, Beta and Gamma rays, knives, stones, etc.). Other restrictions may apply.No copyright infringement intended!. If any material is not appealing to you, do *DELETE* immediately.

This supersedes all previous notices.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment