Friday, January 21, 2011

Re: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor

 

Lebih 10thn dulu di ofis saya mat penghantar surat pun layak poligami..mula2 dia kawin iban yg convert,takde anak lepas 2 tahun dia tambah sorang lagi perempuan melayu pulak yg kedua pun takde anak...kedua2 isterinya ini kerja kilang jer...
yg peliknya org kaya punya susah nak kahwin,entah dia kahwin macam mana tak tanya pulak,mungkin guna alasan nak dapatkan anak kot entahlah..
tapi sekarang dipermudahkan baguslah..saya ada 3 jer kekosongan huhuhu..





2011/1/21 IRA <hazirah_salleh@yahoo.com>
 

sharing is caring hehehehe

  ira

--- On Fri, 21/1/11, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 21 January, 2011, 6:49 PM

 

     Duit boleh share but not that particular THING

rhirowati - rhirowati


--- On Fri, 1/21/11, nisa sulaiman <anis1222@yahoo.com> wrote:

From: nisa sulaiman <anis1222@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, January 21, 2011, 6:14 AM

 
kasih sayang tu boleh la kot, tapi poket boleh ke dalam keadaan sekarang ni. berdasar pengalaman kengkawan hehehe... kewangan memainkan peranan amat penting dalam kehidupan


From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, January 21, 2011 11:46:20
Subject: Re: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor

 
Jauhi lah ketua yang suka pandang bawah

rhirowati - rhirowati


--- On Fri, 1/21/11, kamal zaman <kamalzaman@gmail.com> wrote:

From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
Subject: Re: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, January 21, 2011, 1:08 AM

 
kalau orang kuantan..sama2 orang pahang..gi selangior nikah kat sana boleh tak...hi hiu hi

2011/1/21 nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
........Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.......

Hmm...ye ke?? Kalau dah terbahagi 2 atau 3 atau 4, mana ada 100% lagi dah... Samada 50% atau 33.33% atau 25% je la.


From: :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thu, January 20, 2011 2:24:04 PM
Subject: RG09... Berita Baik Buat Suami Di Selangor

 
 
Berita Baik Buat Suami Di Selangor
 
selatanonline
 


Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam
. Bujang susah

 
Posted by velo






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment