Friday, January 14, 2011

Re: RG09... MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

 






bukan di 7Eleven shj, bahkn di certain Kiosk pun ada jual air kencing syaitan ni.
pernah t'serempak di salah satu KIOSK di pusat bandar KL...
mid of year 2010, semasa dlm KIOSK tu... ternampak seorg budak lelaki dlm lingkungan usia 8@9 tahun disuruh bayar,queue&pegang botol arak tu, ...
di hadapan Cashier tu pulak ada seorg lelaki x pasti la ayahnya atau abangnya... muka mmg muka org Melayu
lepas bayar; budak tadi tu terus shj berikn botol arak tu pd lelaki yg tercongok di depan kaunter cashier tu.
terkejut jugak la; saya perhatikan shj gelagatnya; rasa mcm nak pecahkn botol arak tu baling kat muka lelaki tu
dah la pergunakn budak itu utk bayar, budak yg x tahu apa2 dijadikn mangsa... agaknya lelaki tu malu nak pi bayar sendiri sbb ramai org melayu queue di Cashier dlm Kiosk tu








2011/1/14 amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
 

Tetapi ini pulak masaalah nya ........dengan gerakan ANTI ISLAM!
 

MPSJ diarah tarik larangan kerja di tempat jual arak

Leven Woon Zheng Yang


Kerajaan negeri Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.

Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu, kata Liu.

Menyedari tindakan MPSJ tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu, ADUN Pandamaran itu berkata syarat baru berkenaan juga ditimbulkan pada mesyauarat exco semalam..

Namun, Liu tidak mahu mengulas sama ada MPSJ mempunyai kuasa mengubal garis panduan seumpama itu, berdasarkan undang-undang Syariah Selangor dalam syarat-syarat perlesenannya.

(Garis panduan itu ) tidak pratikal. Kalau semua diberhentikan, siapa yang akan mencari pekerjaan untuk mereka? katanya.

Semalam, Komunitikini, melaporkan bahawa syarat baru itu perlu dipatuhi sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Syarat itu dikatakan dibuat atas inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan dan mana-mana syarikat yang gagal mematuhinya akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik.

 

 
From: eva raed
Sent: Thursday, January 13, 2011 3:24 PM
Subject: Re: RG09... MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak
 
 





saya suka&sokong dgn soalan en roslan, tu...



2011/1/14 Roslan Omar <roslan@saj.com.my>
 



Begitu jugak dengan mereka yang bekerja di bank2...setiap hari bergelumang dengan Riba'..ape pendapat tuan
-----Original Message-----
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]On Behalf Of Pemuda Tj
Sent: Wednesday, January 12, 2011 7:32 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com; Pak Belang; penawarku; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Cc: Masjid As Solihin
Subject: RG09... MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

 
Apa pendapat anda?
 
Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

NONEMenurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas "inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan".

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

NONE"Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini," kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

"Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

"Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment