Friday, January 21, 2011

Re: RG09... Ooh!! Beg Plastik Juga??

 

Mmm..kita kena b'pandangan jauh ke depan dlm hal ni..sekarang tlh diumumkan maka sbg pembeli wajarlah b'sedia..dlm hal menjaga alam sekitar ni, saya rasa tidak patut kita b'tangguh walau berapa minit pun..

Malah pasaraya2 sekarang dah patut fikirkan utk m'gunakan beg kertas sbg ganti beg plastik kerana mll merekalah beg plastik ni semakin m'byk.. Sy tidak mau memandang hal ni dr sudut negatif kerana ini adlh kempen yg patut kita sama2 sokong :)

Peace!!

http://sitisifir10.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: ":: eSpAcE 9808 ::" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 20 Jan 2011 14:54:08 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Ooh!! Beg Plastik Juga??

 

 
Ooh!! Beg Plastik Juga??
 
selatanonline
 
Kiriman wakjeng

"Wak bukanlah tak sokong kempen tanpa beg plastik. Malah menyokong penuh bagi mengurangkan plastik ni. Cuma rasa kesal dengan pembayaran plastik dengan harga 20sen bagi setiap plastik. Macam Wak takperlah, ada alternatif beg serbaguna yang dikirakan ada 7 beg kesemuanya. Wak beli dengan harga RM3.90 per beg tersebut dan kalau malas nak membeli pada hari sabtu, Wak beli keperluan pada hari biasa sahaja yang ada plastik.

 Agak-agak, berapa beg macam gini korang guna?

7 beg serbaguna pun, tak cukup diatas kapasiti beg itu terhad untuk mengisi keperluan Wak. Maka terpaksa juga bayar 20sen untuk mendapatkan plastik. Maklumlah, Wak membeli keperluan dapur untuk sebulan. Leceh nak beli sedikit-sedikit sebab waktu kerja Wak pun bukan macam ofis hours.

Memanglah 20sen tersebut diberikan kepada badan-badan NGO for green dan pusat perubatan. Cuma yang dikesalkan 20sen untuk sehelai plastik yang digunakan atau seperti fine kepada pengguna pulak. Kalau bayar 20sen dapat beg kertas takper lah juga.. Ini dapat plastik juga!! Kempen tanpa plastik apa kejadahnya ni?? Nak kempen pun buatlah betul-betul dan janganlah memperbodohkan pengguna lak?? Kerajaan negeri kenalah buat garis panduan betul-betul pasai kempen tanpa plastik ini. Sepatutnya pasaraya tersebutlah yang kena tanggung 20sen seplastik, sebab mereka gagal benar menggunakan beg kertas sebagai alternatif di hari sabtu.

 Sebuah pasar raya di California menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik. Di Malaysia, sudahlah tak sediakan beg kertas, beg plastik yang kita guna dicaj pula!

Kempen kat Malaysia ni, kadang-kadang hangat taik ayam sahaja.. Bukan nak kondem, lihat sahaja kempen-kempen sebelum ini yang gagal. Salah satu contohnya recycle Tin, Botol dan kertas.. Abih-abih pun tong sampah tu diisikan oleh sampah lain juga.. kesian sungguh kempen kat Malaysia ni. Yang pelik kedai biasa pun kutip 20sen seplastik kat tempat Wak. Duit tu salur kat mana lak?? Dah jadi trend jual plastik lak?? Padan muka kedai tu dah kena ambil tindakkan oleh majlis pembandaran.

Cubalah caj hanya 20sen untuk setiap urusniaga sahaja. Barulah, rasa logik sikit kalau nak suruh rakyat turut kempen bersama-sama. Malah tidak membebankan pengguna dengan penjualan plastik tersebut. Dah lah zaman sekarang asyik naik sahaja harga barangan. Walaupun plastik Wak dapat dari kedai dan pasaraya berhampiran, Wak gunakan untuk membuang sampah kecil di rumah Wak. Agak-agak kalau pengguna tak redha kena bayar 20sen seplastik.. Apa status duit tersebut?? Ntahlah, Wak pun tak tahu nak cakap..

p/s:- teringat seorang brader tinggalkan barangan beliannya di kaunter sebab kejutan beg plastik kena caj 20sen.. hehehehehe

Wakjeng-Catatan Ikut Mood

Posted by abuuwais
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment