Saturday, January 22, 2011

Re: RG09... Ooh!! Beg Plastik Juga??

lg 1..
ade ker patut kene bli beg plastic..ntahapeape la..
ni nk untung kn pasaraya 2..
cube buat mcm negara org puith 2 gune beg kertas coklat jer..
baru btl kn..ni sumer politikus...!


From: mil <sakura_cun2003@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Fri, January 21, 2011 3:20:58 PM
Subject: Re: RG09... Ooh!! Beg Plastik Juga??

hurmmmm.....
sy nk ckp bg pembeli barang2 yg x der transport....
cuba pk.... kalo org tu.... x de transport sendiri....
naik bas ke.... naik tren ke....
pastuuu...masa yg dia ada utk beli brg harian hr sbtu jer....
hari len dia keje or mmg x blh....
mgkin dia pekerja kilang ke....
atau ape2 kje yg ade shift....
x kesian ke tgk dema.....
dh la naik public transport....
bape beg yg dia kne bwk setiap sabtu???
kalo x muat.... nk kne beli plak pastic bag yg bernilai 20 sen....
rata2 yg naik public transport... bkn org sng... kalo dia org sng... x kan dia nk sshkan diri naik public transport kan....
erm.... fikir2kan....

--- On Thu, 1/20/11, <> wrote:

From: <>
Subject: RG09... Ooh!! Beg Plastik Juga??
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Thursday, January 20, 2011, 7:54 AM

 
 
Ooh!! Beg Plastik Juga??
 
selatanonline
 
Kiriman wakjeng

"Wak bukanlah tak sokong kempen tanpa beg plastik. Malah menyokong penuh bagi mengurangkan plastik ni. Cuma rasa kesal dengan pembayaran plastik dengan harga 20sen bagi setiap plastik. Macam Wak takperlah, ada alternatif beg serbaguna yang dikirakan ada 7 beg kesemuanya. Wak beli dengan harga RM3.90 per beg tersebut dan kalau malas nak membeli pada hari sabtu, Wak beli keperluan pada hari biasa sahaja yang ada plastik.

 Agak-agak, berapa beg macam gini korang guna?

7 beg serbaguna pun, tak cukup diatas kapasiti beg itu terhad untuk mengisi keperluan Wak. Maka terpaksa juga bayar 20sen untuk mendapatkan plastik. Maklumlah, Wak membeli keperluan dapur untuk sebulan. Leceh nak beli sedikit-sedikit sebab waktu kerja Wak pun bukan macam ofis hours.

Memanglah 20sen tersebut diberikan kepada badan-badan NGO for green dan pusat perubatan. Cuma yang dikesalkan 20sen untuk sehelai plastik yang digunakan atau seperti fine kepada pengguna pulak. Kalau bayar 20sen dapat beg kertas takper lah juga.. Ini dapat plastik juga!! Kempen tanpa plastik apa kejadahnya ni?? Nak kempen pun buatlah betul-betul dan janganlah memperbodohkan pengguna lak?? Kerajaan negeri kenalah buat garis panduan betul-betul pasai kempen tanpa plastik ini. Sepatutnya pasaraya tersebutlah yang kena tanggung 20sen seplastik, sebab mereka gagal benar menggunakan beg kertas sebagai alternatif di hari sabtu.

 Sebuah pasar raya di California menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik. Di Malaysia, sudahlah tak sediakan beg kertas, beg plastik yang kita guna dicaj pula!
Kempen kat Malaysia ni, kadang-kadang hangat taik ayam sahaja.. Bukan nak kondem, lihat sahaja kempen-kempen sebelum ini yang gagal. Salah satu contohnya recycle Tin, Botol dan kertas.. Abih-abih pun tong sampah tu diisikan oleh sampah lain juga.. kesian sungguh kempen kat Malaysia ni. Yang pelik kedai biasa pun kutip 20sen seplastik kat tempat Wak. Duit tu salur kat mana lak?? Dah jadi trend jual plastik lak?? Padan muka kedai tu dah kena ambil tindakkan oleh majlis pembandaran.

Cubalah caj hanya 20sen untuk setiap urusniaga sahaja. Barulah, rasa logik sikit kalau nak suruh rakyat turut kempen bersama-sama. Malah tidak membebankan pengguna dengan penjualan plastik tersebut. Dah lah zaman sekarang asyik naik sahaja harga barangan. Walaupun plastik Wak dapat dari kedai dan pasaraya berhampiran, Wak gunakan untuk membuang sampah kecil di rumah Wak. Agak-agak kalau pengguna tak redha kena bayar 20sen seplastik.. Apa status duit tersebut?? Ntahlah, Wak pun tak tahu nak cakap..

p/s:- teringat seorang brader tinggalkan barangan beliannya di kaunter sebab kejutan beg plastik kena caj 20sen.. hehehehehe
Posted by abuuwais
 


No comments:

Post a Comment