Friday, January 14, 2011

RE: RG09... PERTANYAAN : HUKUM BUNUH CICAK .... dengan 1 pukulan = 100 kebajikan..

 

Assalamualaikum,

 

Saya ada pertanyaan?

 

Kalo cicak tu kita gunakan sebagai umpan untuk memancing ikan ( coz budak2 kat kampong suka guna cicak sbg umpan), then bila dpt ikan, ikan tu kita makan ?

 

IKAN tu boleh dimakan ker?............................

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of azman ahmad
Sent: Monday, January 10, 2011 9:33 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... PERTANYAAN : HUKUM BUNUH CICAK .... dengan 1 pukulan = 100 kebajikan..

 

 

salam,

Seorang sahabat saya (kisah benar)  dengan sekali jentik mati terjelen cicak tu (dengan izin Allah swt jua).Siapa nak praktik ???

2011/1/5 Hizamri Johari <hizamri@yahoo.com>

 

Salam

1/Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2/Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

3/Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

http://ustazazhar.com/v1/quran-hadith/hukum-bunuh-cicak.html

Hadith :

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil'.

Huraian:

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak." Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)


http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=161534&mode=linear


Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:

"Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S."


Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:

"Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui 'Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah 'Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?" jawab 'Aisyah R.A.: "Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya." (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith 'Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

http://bin-sahak.blogspot.com/2009/01/hukum-membunuh-cicak.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri


From: Sal sayang <cutemama74@gmail.com>
To: Idaman_Group@yahoogroups.co.uk
Cc: SahabatInteraktif@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, January 5, 2011 3:42:34 PM
Subject: [Idaman_Group] PERTANYAAN : HUKUM BUNUH CICAK ....

 

Assalamualaikum

 

sahabat2 semua, saya nak tumpang tanya la.. maaf kalau bunyinya mcm lucu.. tapi apa hukum kita bunuh cicak yea????

 

terima kasih atas kerjasama sahabat2

 

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment