Wednesday, January 12, 2011

Re: RG09... Sembilan jenis sihir

 

Salaam,
 
Terima kasih kepada tuan berdua yang memberikan ulasan tepat ke atas hukum sihir. Tidak boleh sama sekali "end justify the means".
 
Saya ketengahkan hal ini, kerana seperti apa yg saya sebut itu memang berlaku di kalangan kita. Malah rakan-rakan ada yang amalkan, dengan alasan niyat baik, doa/jampi diberikan oleh orang alim dengan masa itu ini, tatacara itu ini, pantang larang itu ini, guna ayat Al Qur'an dan sebagainya.
 
Bukan sikit orang yang kelihatan alim ulama' yang mengatakan ia boleh. Saya ada tonton di tv.
 
Terima kasih. 


From: "Wan.Zamzahidi@skf.com" <Wan.Zamzahidi@skf.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, January 13, 2011 8:58:02 AM
Subject: Re: RG09... Sembilan jenis sihir


As-Salam,

Apa pun tujuannya, sihir tetap haram. Al Mahabbah tu contohnya nasi kangkang. Walau apa pun niat tetap tidak boleh sebab matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam Al-Quran dah diberi cukup lengkap segala ilmu untuk kebahagian rumahtangga dan sebagainya.

yang haram tetap haram, jangan kita cakap tak apa sebab kita telah menghalalkan larangan Allah....

Al-Baqarah Ayat 102:

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir".

Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.



Tak perlu kepada amalan-amalan yang boleh membawa kesyirikan......

azrul.alwi@gmail.com
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

01/13/2011 01:53 AM

Please respond to
respeks_group@yahoogroups.com

To
respeks_group@yahoogroups.com
cc
Subject
Re: RG09... Sembilan jenis sihir


Salam,

Pada dasarnya sihir tu bermaksud, sesuatu yang memesongkan hakikat.  Kalau hakikatnya tak suka, lepas tu dihembus kat muka bagi suka, maknanya dah terpesong hakikat.

Kendalikan rumahtangga masing-masing dengan baik. Tak perlu ini semua. Tiada riwayat daripda Rasulullah atau para sahabat atau isteri-isteri mereka tentang perkara macam ni.

Wallahu'alam.


2011/1/4 Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
 

no 2, takper kut fasal, Al Mahabbah
lagipun, ramai org dok guna
ada org dlm tv kata tak salah, untuk meningkat kasih sayang suami isteri
untuk kebaikan keluarga

ada doa-doa dan jampinya pula, masa bagi makan dan waqtu-waqtu lain pun

gitu lah



From: Sal sayang <cutemama74@gmail.com>

To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, January 4, 2011 9:52:45 AM

Subject:
Re: RG09... Sembilan jenis sihir


 

ish.. baca nie nie..rupenya mcm2 yea jenis sihir nie..ish jauhkan la dari semua tu.. nauzubillah.... 

2011/1/3 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta'til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.






--


http://aalwi.blogspot.com/

~~
www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment