Monday, January 24, 2011

RE: RG09... Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012

 


dah declare dalam berita kelmarin yg kereta2 lama tak perlu. Yg wajib kereta2 baru,
2011 and above je.

pasal PROTON tu kena tanya PROTON lah, kenapa airbag tu optional. set as standard lah kalau mcm tu, kan??        <--- utk org2 PROTON.

- Rizla -



RE: RG09... Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012

Ainon Jobok to: respeks_group
01/24/2011 01:59 PM

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

Please respond to respeks_group







 

Macam tak tau pulak… benda2 ini  untuk kekayaan siapa?  Kalau dah diwajibkan bermakna kita pengguna kereta2 lama bangsa MELAYU NIE akan  mengadap toke2 asesori kete. . Samalah juga dengan arahan pasang tali pinggang tempat duduk belakang kereta,.... pasang lampu brek ketiga ... pasang macam2 lagilah.  Tiap tiap tahun mesti ada arahan yg bukan2. Cuba fikir dan renungkan mengkayakan siapa?   Setiap arahan itu mesti ada kepentingan bangsa diaorang, tak sedorlah ke?  FIKIR FIKIRKAN LAH.  

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Raduan Ismail
Sent:
Monday, January 24, 2011 11:41 AM
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Subject:
Re: RG09... Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012

 

 

 

ni sbb suh beli kete baru lah ni...hampeh..dh lh smua naik.


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Monday, 24 January 2011 9:53:46
Subject:
Re: RG09... Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012


 

kenapa baru sekarang diwajibkan??.. kenapa proton dan jenama lain jadikan beg udara ni sebagai aksesori.. beg udara ni kategori perhiasan ke kategori keselamatan..... hrmmm.... harga kete, proton terutamanya kompom naik dlm 2k.. alangkah lawaknya kalau kereta datsun tonggek ada beg udara......

JO 9 D

 

 


From: SYuN <syamsyun@yahoo.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Sat, January 22, 2011 1:36:58 AM
Subject:
RG09... Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012


 

 

RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

 

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

 

"Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

 

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

 

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

 

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

 

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

 

Sumber : Berita Harian Online

SEMUA KENDERAAN WAJIB PASANG BEG UDARA....

KECUALI PACUAN EMPAT RODA!!

KERETA AKU PROTON ISWARA TAHUN 1997 KENA PASANG BEG UDARA JUGAK KE ?



--
Posted By SYuN to
SYAMSYUN84 at 1/22/2011 01:36:00 AM

 

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment