Wednesday, January 12, 2011

Re: RG09... TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

Alhamdulillah...
 
Ayat ayat lazim yg digunakan oleh mereka utk berkempen...
jangan risau......
Rakyat didahulukan...


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 11 January 2011 15:08:35
Subject: Re: RG09... TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

Harga santan naik??..... takpa, nanti ada kempen kurangkan guna santan. santan x baik untuk kesihatan..kempen kurangkan gula dah ada, nanti mesti santan lak....hehehe....
 
JO 9 D



From: :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thu, January 6, 2011 10:07:42 PM
Subject: RG09... TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

 

 

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA RON97 naik lagi....

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

 

Santan Pulak Naik Harga.. Oi hangpa nie reti perintah Malaysia kaa..???


KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.

Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.

"Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian," katanya.
 


No comments:

Post a Comment