Monday, January 24, 2011

RG09... 5 tip motivasi yang bagus

 

5 tip motivasi yang bagus untuk kerjaya dan juga perniagaan.
 
 

  • 1.) Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.
 
Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!
 
 

Beri lebih, nanti boleh dapat lebih

 
 
2.) Cari ilmu baru setiap hari
 
Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!
 
 
  • 3.) Belajar promosi atau tonjolkan kemahiran diri
 
Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!
 

  • 4.) Percaya dan yakin dengan idea sendiri
 
Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.
 
  • 5.) Kurangkan stress
 
Stress merupakan punca kepada banyak penyakit! Situasi tidak mengakibatkan stress. Contohnya, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada juga orang yang rilex jer. Apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. Banyakkan bersabar. Bersabar itu kan separuh dari iman ;)
 
Sumber : Dr Irfan Khairi

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment