Monday, January 24, 2011

RG09... Apa Dia Fikir Nanti eh?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

 

motivation, success

 
Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda semua sihat sahaja. :-)
 
Pernahkah anda mengalami satu keadan di mana anda berasa takut untuk melakukan sesuatu kerana orang lain? Anda takut untuk membuat atau tidak membuat sesuatu kerana bimbang akan menghiris atau menyebabkan orang lain berasa kurang selesa dengan anda. Contohnya seperti, anda ingin menjadi jurutera, tetapi rakan-rakan, ibu bapa dan masyarakat seolah-olah mengharapkan anda menjadi doktor. Menurut mereka, kerjaya sebagai doktor lebih menjaminkan.
 
Apa yang dikatakan mereka ada benarnya, tetapi jauh di dalam diri anda, anda tidak suka membedah. Anda lebih selesa dan menghayati detik anda dengan mengawal, membaki, memantau mesin.
 
Ataupun anda berada dalam persimpangan sama ada untuk pergi berjumpa dengan kawan anda atau tidak. Sebenarnya anda keberatan untuk pergi memandangkan anda mempunyai tugas lain seperti kerja sekolah yang belum siap ataupun perkara lain. Tetapi anda bimbang kawan anda akan berasa tersinggung dengan anda.
 
Semua ini pasti pernah berlaku. Tidak kira dalam hal apa pun, kadang kala kita berasa takut atau tidak sampai hati tidak memenuhi permintaan seseorang kerana bimbang menghiris perasaan orang lain. Akhirnya kita terpaksa melakukan perkara yang sebenarnya kita tidak mahu semata-mata ingin menggembirakan perasaan orang lain. Kita terpaksa mengorbankan apa yang kita tidak mahu semata-mata ingin menggembirakan semua orang. Jadi apa yang perlu kita buat?
 
Perkara yang sama juga berlaku pada saya sehinggalah sekarang. Perkara ini bukannya mudah kerana melibatkan orang lain. Tetapi terdapat sebuah quote yang membantu saya dalam hal ini walaupun bukannya seratus peratus. Saya harap ia juga membantu anda.
 
"Saya tidak tahu apa itu maksud kejayaan, tetapi yang saya pasti maksud kegagalan adalah cuba menggembirakan hati semua orang."
 
Ingatlah, kita tidak mampu menggembirakan hati semua orang. Akan tiba satu saat, kadang kala kita perlu menolaknya. Dan tolaklah dengan baik.Kita tidak mampu untuk menggembirakan semua orang, tetapi kita mampu menggembirakan seseorang yang penting, iaitu diri kita.
 
Selamat merenung dan salam salam inspirasi!
 
PS: Baru sahaja terlihat 'matlamat' yang ditulis untuk tahun 2011.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment