Monday, January 24, 2011

RG09... Belanja sekeping roti canai, dapat RM10,000!

 

Baca kisah benar ini.
 
Seorang 'Pakcik' bercerita kepada saya. Isterinya disahkan menghidap kanser limpa tahap keempat dan telah ditahan di wad Hospital Ampang Puteri.
 
Kos rawatan untuk sehari ialah lebih kurang RM1,000. Makcik (isteri Pakcik) itu terpaksa tinggal (untuk rawatan) selama 6 hari di wad tersebut.
 
Sewaktu Pakcik tu sedang makan di restoran, ada seorang lelaki berbangsa India yang mengemis meminta kepada Pakcik itu untuk belanja sekeping roti canai. Lalu, Pakcik itu pun menjamu lelaki India pengemis itu.
 
 

Gambar adalah sekadar hiasan...

 
Selepas daripada peristiwa itu, ada seseorang yang tak dikenali sebelum ini, telah sanggup untuk bagi RM10,000 untuk tanggung semua kos rawatan 'Makcik' di hospital itu.

 
Alhamdulillah, inilah yang dinamakan berkat sedekah barangkali. Cerita Pakcik itu kepada saya.
 
Sesungguhnya sedekah itu mengelakkan daripada bala, penyakit dan juga api neraka!
 
Untuk makluman, 'Pakcik' dan 'Makcik' di dalam cerita ini sebenarnya adalah ibu bapa saya.
 
 

Ayah saya (Berjubah Putih) dan Arwah Ibu (Jubah hitam)

Ayah saya (Berjubah Putih) dan Arwah Ibu (Jubah hitam)

 
Kisah di atas berlaku sekitar 6 atau 7 bulan lepas. Ibu saya kini telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Nov 2010 yang lalu. (Tolong sedekah bacaan Fatihah kepada arwah (al-Faatihah).
 
P/s- Saya di dalam kisah di atas ialah Abang ke-3
 
Sekian, semoga dapat ambil pengajaran daripada kisah benar ini.

Oleh GH Syukri

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment