Tuesday, January 25, 2011

RG09... Dugaannya hujan

 

Jika Anda selalu berfikir tatkala hujan sedang turun, Anda pasti akan dapat menafsir beberapa motivasi tersirat di sebalik titisan-titisan hujan. Hujan ada dugaan tersendiri. Apa dugaannya hujan?
 
Halangan. Halangan kepada perjalanan, halangan kepada aktiviti kita.
 
Dalam usaha kita menuju kejayaan, halangan sudah pasti. Dugaannya hujan adalah halangan. Kesejukan menjadi dugaan utama ketika kita meredahi hujan, terutama tanpa payung serta tanpa ada tempat berteduh.
 
Selepas itu, dugaannya hujan adalah basah.
 
Sesiapapun tak suka basah mahupun dibasahkan tanpa kerelaan. Begitu juga dugaan. Kkita pun sendiri tak suka dengan dugaan yang muncul tanpa kerelaan kita, kita tak suka di duga tanpa kerelaan kita. Kita jadi benci.
 
Bila di hati kita sudah tekad mahu berjaya, kita mesti sabarkan hati kemudian tempuh dugaan tu. Makin kuat tekad kita, maka akan besarlah cabaran di hadapan kita. Makin sukarlah dugaan sedia menanti di depan kita.
 
Hujan hanya sementara. Begitu juga dugaan, hanya sementara.
 
Tiap kali Anda di landa dugaan, tempuhinya dengan sabar. Yakinlah dugaan sifatnya hanya sementara, seperti hujan.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment