Monday, January 24, 2011

RG09... Hukum 'bersunat' atau khitan bagi wanita

 

Saya rasa, ada ramai orang yang masih kurang pasti tentang hukum 'bersunat' atau berkhatan bagi lelaki, lebih-lebih lagi hukum berkhatan bagi perempuan.
 
 

 
Kepada yang tidak tahu dan kurang pasti tu, sila baca artikel di bawah ini…

 
Soalan.

Saya seorang wanita yang telah berusia 30 tahun. Baru-baru ini saya telah mengetahui bahawa saya tidak dikhitankan ketika masih kecil. Adakah saya wajib berkhitan sekarang?

 
Jawapan.

Berkhitan atau disebut dalam istilah orang-orang Melayu sebagai berkhatan adalah suatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan.Oleh itu seorang wanita yang belum berkhitan, dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.
 
Ini adalah berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud : Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu : "berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai".
 
Walaubagaimanapun dia tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil kerana dia tidak mengetahuinya.
 
Tetapi apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong, atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini adalah tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Jika meninggalkannya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji ( kemaluan ) .
 
Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang bernama al-Zawajir mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita termasuk dalam dosa-dosa besar.
 
Oleh : Ustaz Zahazan Mohamed
 
p/s- Sudahkah anda bersunat? Kalau belum, pergi la ke mana-mana klinik untuk berkhitan yer. Jangan bertangguh lagi.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment