Saturday, January 22, 2011

RG09... Kad jemputan kahwin

 




Salam...

Musim orang nikah kahwin akan bersambung kembali bermula selepas raya cina. Ataupun kalau ikut kalender hijrah selepas bulan Safar. Banyak yang berpantang utk nikah dalam bulan Safar. Tak tau dari mana nas diorang dpt mengatakan bulan Safar dilarang menikah pun aku tak tau la. Yang pasti kad-kad jemputan telah mula berlonggok kat rumah aku ni.

Rumah aku macam tmpt transit utk kad2 jemputan kahwin ni. Semua diorang longgok kat sini. Untuk mak aku, makcik aku, ucu aku dan adik beradik aku. Dan bermacam-macam fesyen dan rekabentuk kad jemputan kawin. Dan yang paling famous sekarang ni ialah bakal pengantin meletakkan gambar berdua-duaan di hadapan kad. Ada pulak tu, dah macam album pun ada.

Yang menjadi musykil aku ni, mak bapak atuk nenek dorang ni tak menegah ke. Budak2 tu mmg dah itu la pesennya. Mak bapak pun buat tak hirau. Ada org kata "Ala..trend zaman sekarang. Dorang pun dah bertunang. Tak salah pun". Tak salah bergambar rapat2 sebelum nikah? Ustaz mana lak yg ajar tu? Hmmmpp.. Bila yg bathil jadi kebiasaan, maka yg haq akan jadi pelik dan jelik. Sedangkan, yg haq itulah kebenarannya. Tapi kalau dah menikah, nak letak gambar peluk2 pun, saper nak marah. Tapi tak manis lah. Hehehehe...
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment