Monday, January 24, 2011

RG09... Kosmo ~ Buruknya gaya bahasa wartawan dan pengarang akhbar ini

Kosmo ~ Buruknya gaya bahasa wartawan dan pengarang akhbar ini!

Tersentak saya apabila membaca tajuk akhbar Kosmo! ini!


Tak semena mena timbul perasaan benci dan marah sekali melihat betapa kejinya gaya bahasa wartawan Kosmo ini memuatkan tajuk yang sengaja dirancang untuk menarik perhatian pembaca!


Almaklum sahajalah zaman ini kan zaman dimana Fitnah dan Maksiat bermaharajalela terutamanya apabila ditaja dan dicanang oleh akhbar akhbar tabloid sebegini yang memang mencari berita berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar!


Sila klik keatas paparan laporan diatas untuk melihat dengan lebih jelas lagi.


Terkilan dihati saya bilamana wartawan NORLIDA AKMAL IDROS, seorang wanita Melayu dan juga seorang ibu sepertimana terbukti digambar Facebooknya ini tergamak menyusun kata sebegitu gaya menyatakan 'Ayu usaha puaskan Zaquan!'


Beginikah cara wartawan Melayu sekarang menyusun ayat dan membuat tajuk artikel?


Artikel awak adalah tentang sepasang suami isteri yang baru bernikah! Awak tulis artikel dengan tajuk begitu dengan maksud apa?


'Ayu usaha puaskan Zaquan!'


Setiap pembaca dewasa akan sertamerta menafsir akan maksud disebalik tajuk ini dengan fahaman yang mendorong ke perhubungan suami isteri yang tersirat disebalik kata kata diatas.


Amat buruk sekali cara wartawan ini dan juga rakan setugasnya AHMAD SYAHIR KASSIM didalam cara penulisan tajuk akhbar ini.


Pengarang Kosmo yang meluluskan tajuk sebegini untuk disiarkan turut bersalah diatas gaya bahasa yang digunakan. Akal pergi mana beb?


Tak boleh kah digunakan 'Ayu usaha bahagiakan Zaquan'?


Apa susah benar ke nak fikir akan cara melaporkan sesuatu berita yang baik dengan gaya bahasa yang baik dan menepati tuntutan adat resam dan juga Syariat Islam?


Nak jadi wartawan bukan boleh main hentam keromo sahaja. Kena ambil kira akan natijah cara penulisan kepada orang orang yang dikaitkan didalam laporan kalian!


Teringat saya akan episod didalam filem P.Ramlee 'Seniman Bujang Lapok' dimana Benggali jaga membahasakan watak S.Samsudin kerna kasar didalam berbahasa.

link:  http://www.youtube.com/watch?v=DpAyu24X42M



Bahasa menunjukkan Bangsa!


Bawa bawalah bertaubat wartawan diatas!


Sia sia sahaja berbangsa Melayu tetapi lupa akan budi bahasa dan tertib didalam berkarya!


Memalukan orang untuk melariskan akhbar bukanlah pekerjaan yang terpuji!
--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment