Monday, January 24, 2011

RG09... Petua cabut gigi

 

Seperti yang aku ceritakan dalam tulisan yang lepas. Semalam, aku telah cabut sebatang gigi geraham (bawah sebelah kiri) kerana gigi tersebut dah berlubang dan rosak.
 
 

 
Pagi ni, bila aku masuk kerja, ramai kawan aku tanya ;
 
"Eh, sakit tak cabut gigi?"
 
"Mahu nya tak sakit. Meleleh air mata aku menahan sakit tau." , jawab aku spontan.
 
Memang betul pun. Doktor pun ada cakap. Paling sakit, cabut gigi geraham lah. Sebab tunjangnya panjang.
 
Dalam entri hari ni, aku nak kongsi beberapa petua @ tips untuk cabut gigi.
 

  1. Kalau nak cabut gigi, jangan cabut waktu tengahari sebab nanti darah banyak keluar dan lambat kering. Cabut gigi seelok-eloknya pagi sebelum pukul 11 atau sebelah petang selepas pukul 5 petang.
  2. Sebelum cabut gigi, disarankan untuk makan kenyang-kenyang. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut masih rasa kebas, darah masih keluar dan susah nak makan.
  3. Selepas cabut gigi, eloklah untuk minum air sejuk (ais), tak kisah lah air sirap ker, air cincau ker atau teh o ais limau. Yang penting air tu mesti sejuk (ada ais) agar luka kesan cabutan gigi cepat mengecut@sembuh.
  4. Kalau boleh, cari dentist (doktor gigi) yang paling anda suka dan service nya professional. Jangan main redah jer kat mana-mana. Bukan apa, setidak-tidaknya kalau doktor tu bagus, boleh juga dia tolong 'cool down' @ tenangkan kita (especially orang yang phobia dengan dentist macam saya ni…huhu)
 
Sekian catatan untuk kali ini. Anda bagaimana? Pernah cabut gigi? Ada kenal mana-mana doktor gigi yang bagus?

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment