Wednesday, January 12, 2011

RG09... Rakyat miskin ditindas lagi..ambik Barang Naik, lepas satu satu, tarik biasiswa, sistem kuota Uni, MARA dll,,lama2 tinggai spende

Rakyat miskin ditindas lagi
Posted on Wednesday, January 12 @ 12:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Kenyataan Media Oleh: Nasrudin

"1. Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan malah dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan UMNO dan BN kononnya Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

2. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia [ KPM ] 29 / 12 / 2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar Rancangan Makanan Tambahan ditamatkan serta merta atau selewat - lewatnya 12/1/11 dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada dibawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut.

3.DPP Malaysia mempertikai langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

4. Jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor - sektor lain serta memberi peruntukan yang wajar, kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar - pelajar miskin ? apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana ? bukankah kerajaan telah mengwar - warkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik ?

5. Rakyat perlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan."


No comments:

Post a Comment