Tuesday, January 25, 2011

RG09... WAHAI PEJUANG AGAMA, MARI MUHASABAH DIRI

 

Wahai para pejuang yang mengaku pejuang agama.Pendakwah dan ahli politik.Di antara kalian ada yang sudah berjuang berpuluh puluh tahun.Pernahkah saudara tanya diri sendiri ..........

 
  • Selama aku berjuang sudah berapa ramai orang yang aku Islamkan? Atau sudah berapa ramai orang Islam aku kafirkan?
  • Selama berjuang berjaya kah aku mendaulatkan Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem ekonomi Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pendidikan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan kebudayaan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pentadbiran Islam ? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Dalam dunia Islam menghadapi pencemaran makanan halal.Adakah aku sudah berjaya menegakkan kilang kilang pemprosesan makanan halal untuk umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya mencetus dan memupuk perpaduan dan kasih sayang di antara sesama umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku? Dengan ini akan teguh dan kuatlah umat Islam hingga di segani musuh? Ataukah selama ini aku sebenarnya menjadi agen pencetus kebencian dan permusuhan umat?
  • Pejuang Islam adalah penyelamat umat manusia.Selama aku berjuang berapa kali aku pernah mendoa kan keselamatan dan kesejahteraan untuk seluruh umat Islam? Kepada umat yang sesat pernahkah aku doakan agar mereka kembali kepangkal jalan.Dan apabila mereka tidak kembali kepangkal jalan adakah aku rasa kesal dan merasakan satu kegagalan bagi diri aku sebagai pejuang di sisi Allah? Pernahkah aku mendoakan untuk pemimpin atau pemerintah yang zalim agar di beri hidayah dan taufiq agar jadi baik,dan kepada pemimpin yang baik agar jadi bertambah baik?


Wahai pejuang! Sekiranya saudara tidak dapat menjawab dengan jawapan yang memuaskan persoalan persoalan diatas maka tanya lah diri sendiri, apa yang saudara perjuangkan selama ini? Apakah yang saudara buat selama ini? Apakah yang saudara cakap selama ini? Apa kah yang saudara dakwahkan selama ini? Ke manakah hala tuju saudara mengajak umat manusia? Kepada Tuhan kah? Kepada diri kah? Kepada parti kah? Atau pejuangan saudara sebagai hobi kah? Untuk seronok seronok penghibur hati kah? Atau semangat semangat aje kah?

Saudara pejuang agama.Pendakwah dan ahli politik.Marilah kita nilai semula atau muhasabah perjuangan kita! Agar perjuangan kita ini adalah untuk keredhaan Allah.Bukan kerana fahaman politik sekular dan bukan tujuan nak mengaib dan menghentam orang.


Wallahu'alam.
 
 

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment