Wednesday, February 16, 2011

Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

Betul2 saya setuju dgn Nazri.


Sent from my BlackBerry®

-----Original Message-----
From: nazri nazri <abut_nazri@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 16 Feb 2011 21:01:54
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

sudah resam agaknya...bila kerja yg buruk, yg x elok semua kakitangan
kerajaan...tp sedarkah kita pembangunan ekonomi kita byk digerakan oleh sektor
awam dan agensi2 nya...tp biasa la... mana nak sama kerja swasta & kerja
kerajaan... org nampak kerja swasta jer yg elok...x de nak melayari fb2 nie...tp
tau x laman2 sosial mcm nie telah dihad penggunaannya di sektor awam..kakitangan
awam cuma blh melayari fb nie sblm jam 8.00am, lunch hour (1-2pm) dan ptg jam
5.30pm...tu pon klu sempatlah..setau sy kerja swasta lg senang nak access fb
nie...slalu gak time2 cuti bukak fb kat umah slalu la kwn2 yg kerja2 swasta nie
online dr pg kerja sampai la ke ptg...x de sape pon nak kesah..




________________________________
From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 16:41:24
Subject: Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya


sy sokong sepatutnya kesemua pejabat2 kerajaan memblok saja laman social ini
supaya kakitangan kerajaan tidak dapat melayari nya. kerana sy lihat banyak
kerja2 terbengkalai dan tidak dibuat sengan sepenuh tumpuan. bila disuruh saja
staf itu untuk menyudah atau membuat kerja2 banyaklah rungutan mereka...kerana
sehari suntuk mereka terus melayari laman social ini...bagaimankah akan terjadi
dengan prestasi kakitangan kerajaan akan datang....semakin menurun dan
menurun....
 pekerja swasta terus tekun dengan tugas dan meningkat prestasi mutu
kerja...terus berhempas pulas menyiapkan tugasan harian...tapi kebanyakkan
kakitangan kerajaan terus menerus melayari fb dan sebagainya.tidak semua lah
kakitangan kerajaan itu leka dengan laman social ini tapi kebanyakan nya
begitu...selagi jabatannya tidak memblok kan.

________________________________
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 4, 2011 11:51:05
Subject: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

 


Facebook: Bahagia dan bahaya
kedahlanie

TERIMALAH hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa
jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace,
Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia.

Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?

Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan
dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa
jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda
di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova,
pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang
membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah,
gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan
rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani
kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan
kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka
hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua
akhirnya.

Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di
Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya
anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah
menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke
bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT.
Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi
yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang
ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda
bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang
kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka
terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika
lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca
dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak
kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam
ini?

Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka
kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

MAHNESSA A. KADIR
Setiausaha Agung Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur



------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment