Wednesday, February 16, 2011

Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

org swasta kerja tak guna duit rakyat .... depa nak melingkup pun, bukannya rakyat nak tanggung .... tak macam kerajaan ... tujuan kerja pun untuk berkhidmat kepada rakyat... kalau time kerja pun nak buat hal peribadi ... baik toksah duk kerja ... berenti ja... bagi kat org lain ....



From: nazri nazri <abut_nazri@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 21:01:54
Subject: Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

sudah resam agaknya...bila kerja yg buruk, yg x elok semua kakitangan kerajaan...tp sedarkah kita pembangunan ekonomi kita byk digerakan oleh sektor awam dan agensi2 nya...tp biasa la... mana nak sama kerja swasta & kerja kerajaan... org nampak kerja swasta jer yg elok...x de nak melayari fb2 nie...tp tau x laman2 sosial mcm nie telah dihad penggunaannya di sektor awam..kakitangan awam cuma blh melayari fb nie sblm jam 8.00am, lunch hour (1-2pm) dan ptg jam 5.30pm...tu pon klu sempatlah..setau sy kerja swasta lg senang nak access fb nie...slalu gak time2 cuti bukak fb kat umah slalu la kwn2 yg kerja2 swasta nie online dr pg kerja sampai la ke ptg...x de sape pon nak kesah..


From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 16:41:24
Subject: Re: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

sy sokong sepatutnya kesemua pejabat2 kerajaan memblok saja laman social ini supaya kakitangan kerajaan tidak dapat melayari nya. kerana sy lihat banyak kerja2 terbengkalai dan tidak dibuat sengan sepenuh tumpuan. bila disuruh saja staf itu untuk menyudah atau membuat kerja2 banyaklah rungutan mereka...kerana sehari suntuk mereka terus melayari laman social ini...bagaimankah akan terjadi dengan prestasi kakitangan kerajaan akan datang....semakin menurun dan menurun....
 pekerja swasta terus tekun dengan tugas dan meningkat prestasi mutu kerja...terus berhempas pulas menyiapkan tugasan harian...tapi kebanyakkan kakitangan kerajaan terus menerus melayari fb dan sebagainya.tidak semua lah kakitangan kerajaan itu leka dengan laman social ini tapi kebanyakan nya begitu...selagi jabatannya tidak memblok kan.

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 4, 2011 11:51:05
Subject: RG09... Facebook: Bahagia dan bahaya

 

 

Facebook: Bahagia dan bahaya

kedahlanie
 
TERIMALAH hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia.

Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?

Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.

Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?

Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

MAHNESSA A. KADIR
Setiausaha Agung Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur



No comments:

Post a Comment