Monday, February 21, 2011

RE: RG09... Islam adalah agama dan politik

 

Islam adalah Ad-Din. dan Ad-Din adalah kehidupan. politik juga termasuk dalam kehidupan. Jika kita nak mengambil/mengamalkan agama ambil/amalkan secara keseluruhan. jangan ambil/amal setengah-setengah.
 
-----Original Message-----
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]On Behalf Of wealthkeepcoming@yahoo.com
Sent: Monday, February 21, 2011 10:13 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Islam adalah agama dan politik

 

Politik ada dalam Islam.. Politik dinaungi Islam.. Cara2 Rasulullah para Sahabat memerintah adalah politik yg dinaungi sinar Islam ;) wallahua'lam..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: rashidsne@yahoo.com
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 21 Feb 2011 05:39:14 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Islam adalah agama dan politik

 

Islam ada lah AGAMA bukan politik nabi s.a.w x jadi menteri atau presiden pun .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 20 Feb 2011 21:32:52
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Islam adalah agama dan politik

Islam adalah agama dan politik
Subky Latif


NOOR Azam dalam tulisan mingguannya dalam harian yang diterbitkan di Shah Alam
bertanya apakah Islam itu agama atau politik?

Jawapannya ialah Islam adalah agama dan politik.

Isu ini bukan baru tetapi adalah soalan lama yang sudah banyak diperkatakan
dalam masyarakat Malaysia sejak wujudnya parti politik yang berjuang atas
landasan Islam.

Pada peringkat PAS baru muncul ketika sama masa dengan Umno diambil alih
pimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra bahasa yang digunakan ialah agama
tidak boleh dicampurkan dengan politik hatta ada mufti menasihatkan orang
politik supaya meninggalkan politik di pagar masjid apabila memasuki masjid.
Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah
golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.

Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama
lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan
antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang
sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem
pentadbiran dan cara hidupnya.

Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh
ajaran agama.

Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar
menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat
pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah
dalam dan luar negeri.

Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan
Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka
menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.
Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan
negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh
manusia.

Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan
untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja.
Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah
semata-mata.

Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri
kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah
kerja politik.

Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa
menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi
Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir
Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan
kenegaraan.

Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi
urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al
Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan
bagi orang yang bertaqwa.

Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.

Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu 'solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam'. Dari ikrar ini disebutkan
ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain
dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?

Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak
lengkap. Itulah fahaman sekular.
Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik dari Islam.
Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari
politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam
urusan dan perbincangan politik.

Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar
apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena
dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga
juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang
dianjurkan oleh Islam.

Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam,
telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik
orang-orang barat yang jelas menentang Islam.
Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu
adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa
politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.

Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment