Wednesday, February 16, 2011

Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

betul tu tuan....kami yg berniaga pun terasa jugA

2011/2/17 abiat07 <abiat07@yahoo.com>
 

Salam,

saya mungkin masih boleh bersabar kalau kerajaan kita sememangnya tidak mampu. tetapi, apalah gunanya kesabaran itu sekiranya, kenaikkan semua harga barang secara tidak terkawal itu terjadi disebabkan masalah rasuah para pemimpin dan berlegarnya harta kekayaan negara hanya di kalangan kroni2 pemerintah? Itu semua harta kita yang sepatutnya dibahagi kepada seluruh masyarakat.

kita diwarwarkan kenaikan ekonomi negara. tetapi, kenapa rakyat biasa tak dapat merasai tempiasnya? kenapa kenaikan harga barang pula semakin menjadi-jadi? kalau begitu, apa gunanya nilai ekonomi negara untuk dibanggakan?

apalah gunanya menara bertingkat-tingkat, sedangkan semakin ramai rakyat hidup melarat?

"Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?"...

sebenarnya, kita boleh tanya soalan yang sama kepada rakyat Mesir:

"Teruk sangat ke taraf hidup rakyat Mesir sebelum ini?"...
Mereka pun, bukannya melarat sangat. tapi, mereka sedar, ada kepincangan dalam tampuk pemerintahan negara sehingga hak-hak mereka dinafikan.

saya tak mintak kita melakukan yang sama seperti mereka. tapi, saya benar-benar bosan dengan apa yang terjadi dalam negara kita sendiri.







--- On Wed, 2/16/11, Merah Saga <aluni_panji2@yahoo.com> wrote:

From: Merah Saga <aluni_panji2@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?Date: Wednesday, February 16, 2011, 9:21 PM


 


 Ntahlaaa, nak kata susah, nampak ramai masih senang lagi dengan keta menjalar, bergaya sana sini, namun kalau yg selalu kepasar dan membeli barang2 dapur akan terasa. bawang yg dulunya ( 2010) leh beli ngan harga RM1.29/kg, sekarang ni dah RM3.60/kg.. ada saudara yg berniaga nasi lemak kat kg berkata, dia terpaksa blend aja bawang dari dihiris dek kerana harga yg tinggi. tak kan nak naikkan harga nasi lemaknya, nanti tak ada org beli. sesekali tu tolong gak dia beli bawang bulk dari bandar bawa balik..  Yg selalu membeli bahan2 mereka akan tahu mahal atau murahnya satu2 barang... 

bayangkan sotong lembut tu selalunya harga antara RM5.90/kg... tetiba naik ke RM12.90/kg... macam mana org nak berniaga... 
siapa yg untung sebenarnya?

 

 

 

 

Cubalah minum, moga ada penambahan kesihatan disitu.

" Minuman para Anbia "   :  http://www.hrgroup2u.net/mamiros 

 




From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, February 16, 2011 8:24:19 PM
Subject: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?



Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
fatamorgana71   

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment