Wednesday, February 16, 2011

Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang? - MASIH RAMAI DAN SEMAKIN RAMAI

 

"HANYA ORANG MISKIN YANG FAHAM MAKNA MISKIN
HANYA ORANG SUSAH YANG FAHAM MAKNA SUSAH
HANYA ORANG FAQIR YANG FAHAM MAKNA FAKIR"
 
"KEBANYAKAN PEMIMPIN SEKARANG MEMANG TIDAK FAHAM MAKNA TIGA PERKATAAN ITU. MEREKA HANYA TAHU MENYEBUTNYA SAJA. MEREKA PUN TIDAK BERGAUL DENGAN ORANG ORANG DIATAS" MEREKA JIJIK atau "TAKUT"
 
Kesusahan bagi kita yang mempunyai pekerjaan / perniagaan dll bukan lah kesusahan. Kita masih ada makan dan masih boleh 'pilih' makanan.
 
Melainkan anda bukan orang yang peduli pada penderitaan orang lain anda tidak akan melihat mereka yang dalam keadaan tersebut diatas. Ada antara kita memang tak peduli kesusahan orang lain dan tak pula menyusahkan orang lain.... Cari orang susah dan bersahabat dengan mereka, dengar keluhan mereka baru kita tahu kesusahan mereka. Rupanya jauh dari kesusahan kita.
 
Saya ada jumpa anak orang susah yang beli beras setengah kilo....tertumpah pulak [ Saya menangis melihat dia mengumpul beras yang bercampur pasir ] Alhamdulillah saya ada rezeki ketika itu, saya belikanlah apa yang saya mampu. Jangan terperanjat kalau saya katakan saya jumpa orang yang guna lilin kerana letrik dah dipotong...Aduhai siapa peduli????? Jadi macam-macamlah keadaan rakyat.
 
Berniaga kecik2 jual nasi lemak atau pucuk paku nak cari sesuap rezeki halal...kena usir, kena rampas oleh Penguat Kuasa. [ Siapa tak mengalami tidak mengetahui dan tidak akan percaya..] Cobalah sendiri untuk cari tau bahawa setengah orang kita "merempat dinegara sendiri" Kenapa dihalang orang hendak mencari rezeki halal? Tak ada lesen dilesenkan. Mintak lesen tak dapat...berniaga dirampas. Permit Teksi dulu diberikan pada individu, sekarang Konsortium...Sapa punya Konsortium tu? Rakyat kena plak sewa dari Konsortium...
 
Lain lah kalau anak Datuk, Anak Menteri atau ada Cable dengan Penguasa dan yang sewaktu dengannya..semuanya mudah. ATAU TERPAKSA JADI GANGSTER ha ha ha.
 
 
HBI



From: Merah Saga <aluni_panji2@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 21:21:16
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 


 Ntahlaaa, nak kata susah, nampak ramai masih senang lagi dengan keta menjalar, bergaya sana sini, namun kalau yg selalu kepasar dan membeli barang2 dapur akan terasa. bawang yg dulunya ( 2010) leh beli ngan harga RM1.29/kg, sekarang ni dah RM3.60/kg.. ada saudara yg berniaga nasi lemak kat kg berkata, dia terpaksa blend aja bawang dari dihiris dek kerana harga yg tinggi. tak kan nak naikkan harga nasi lemaknya, nanti tak ada org beli. sesekali tu tolong gak dia beli bawang bulk dari bandar bawa balik..  Yg selalu membeli bahan2 mereka akan tahu mahal atau murahnya satu2 barang... 

bayangkan sotong lembut tu selalunya harga antara RM5.90/kg... tetiba naik ke RM12.90/kg... macam mana org nak berniaga... 
siapa yg untung sebenarnya?

 

 

 

 

Cubalah minum, moga ada penambahan kesihatan disitu.

" Minuman para Anbia "   :  http://www.hrgroup2u.net/mamiros 

 




From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, February 16, 2011 8:24:19 PM
Subject: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
fatamorgana71   

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment