Thursday, February 17, 2011

Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

ini cerita lama dah, zaman BN
rasanya Khir toyo lagi prihatin kot
sebab tu dia mampu buat rumah RM24Million

kami NGO dah buat kerja kami
so selebihnya depa yg b/tjawab buat le kerja
tak kira BN or PR
kalu tak mampu letak jawatan
bagi org lain buat koje




From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Fri, February 18, 2011 1:38:52 PM
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

Kenapa tak tolong lapur kes ibu tunggal di Ampang tu kat Tan Sri Khalid? Dia kan prihatin, tentu dia boleh tolong... MB-MB patut lebih prihatin dengan rakyat di negeri sendiri, tak kira la PR ke BN. 


From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, February 17, 2011 11:06:11 AM
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

yang cantik hanya cogan kata dan misi dan visi yang terpampang kt sana sini...hakikat nya .....adalah sebaliknya.


br>--- On Thu, 2/17/11, Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com> wrote:

From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, February 17, 2011, 10:11 AM

 

betui tu
pengalaman kami di rumah PPRT ampang
ada yg makan nasi dgn garam
itu je yg mampu sorang ibu tunggal dgn 6 org anak di tgh kota

semuanya tak mustahil...kalu di kampung, masih ade pucuk2/ulam2 boleh dicari
tapi di hutan batu ...ape yg depa boleh cari dan makan melainkan berhempas pulas bekerja mencari rezeki yg tak seberapa

shukri
NGO wargakilang


From: nurul badril <nurulbadril@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, February 16, 2011 9:38:59 PM
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

nasib golongan marhaen di kota. perlu berhempas pulas mencari rezeki, ada mulut perlu disuap, keperluan asas yg sgt perlu dipenuhi.tidak mustahil ada yg mkn nasi dgn kicap dan telur mata sj sebagai santapan harian. ayam kfc itu hidangan paling lazat utk anak2 tiap kali si bapa mendapat gaji...

itu semua x mustahil di sini...

n
ampang


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 20:24:19
Subject: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?



Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
fatamorgana71   

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




0






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment