Wednesday, February 9, 2011

RG09... Bincang Persoalan Pokok Tanpa Prasangka

 

SURAT TERBUKA

Assalamu'alaikum

Nampaknya ada segelintir insan yang berhati mulia terlalu menitikberatkan persoalan tatasusila dan garis panduan apabila berinteraksi dengan sahabat di maya ini secara menghentam yang terlalu bersifat peribadi tanpa pula ingin mempedulikan isu yang bersangkutan.. maka jadilah thread yang asal bercelaru: tiada penghujungnya!

Sebenarnya jika dikajiselidik mengenai sifat atau perilaku individu yang 'menyamar' di maya ini sudah pasti tiada rasionalnya sebab reaksi yang akan timbul hanyalah persengketaan yang berlarutan lantaran ketidakserasian sejak mula...

Maka saya syorkan kepada sesiapa yang berkenaan, jika terasa 'pedas' tikamannya haruslah mengalah sahaja dan tidak emosional: jangan layan diri anda atau 'delete' sahaja thread tersebut! Hanya dengan berdiam diri buat seketika dengan berlapang dada, insyakAllah anda terhindar daripada 'tension'...

Siapalah kita untuk memarahi individu yang belum kita kenali secara fizikalnya sedang tuan moderator sendiri tidak pernah membuat 'sanction' terhadap posting yang dirasakaan bersifat biadab(?). Akhirnya saya berharap kewajaran bila kita menyuarakan pendapat di dalam forum secara terbuka dan mengiktiraf secebis erti kebebasan yang harus kita nikmati bersama di dalam ruang lingkup yang terbatas ini.

Quote of the day: "We are all ignorant, just on different subjects". ~Will Rodgers

Wassalam.

PS. Jika saya tidak silap, individu  yang dimaksudkan tadi ada facebook dan laman webnya yang proaktif, erm, inilah masanya yang terbaik kepada sesiapa yang berkenaan tadi menyuarakan bantahan secara terus tanpa menganggu posting thread di ruang forum @yahoogroups (Respeks) yang terbatas ini.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment