Tuesday, March 15, 2011

Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)

 


bukan mudah untuk memaafkan begitu sahaja..
kepercayaan penuh yg diberikan selama ni tidak dihargai...
sapa2 pun mst susah dah nak percaya lepas dpt tangkap mcm kes ni...

maaf tu mungkin hanya utk menjernihkan suasana tp dlm hati siapa yg tau...
dan yg penting kepercayaan tu dah x sama lagi seperti dulu..
setiap pergerakan pasti akan timbul kecurigaan dan ini sudah tentu lah tidak baik utk sesuatu perhubungan itu..

terlajak kereta boleh diundur tp kalau terlajak kata/perbuatan???tanggung la akibatnya..

--- On Wed, 3/16/11, siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk> wrote:

From: siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk>
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, March 16, 2011, 8:42 AM

 

saya setuju dgn pendapat saudara wan razak tu... sy cuma mengulas blk pandangan saudara Abu 'Aesyah yg mengatakan mengenai poligami... itu saja... dalam kes tersebut si isteri telah mengakui kesalahannya dan meminta maaf dgn suami... tp terpulang pada suami kalo memberi maaf hanya di mulut tp di hati masih x blh nk memaafkan si isteri jd fikirkan la jln terbaik...

From: wan razak <wanrzk@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 March 2011, 20:01
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 
Tak guna berbalah hal rumahtangga orang lain. Pendapat orang yang berakal akan cuba memberi jalan perdamaian dan begitu juga sebaliknya. Lelaki selalunya menyebelahi lelaki dan wanita juga akan menyebelahi wanita. Pendapat yang baik akan memberi ketenangan dan jalan untuk menyelamatkan rumahtangga manakala hasutan yang buruk menjadikan keadaan lebih rumit. Kerana itulah Allah berikan kuasa talak kepada lelaki. Jika kuasa talak diberikan pada wanita, dah tentu bilangan duda berkali ganda jumlahnya dari yang ada sekarang ni. Dan isteri yang selalu meminta cerai itu sebenarnya bukanlah wanita yang beriman. Begitu juga manusia yang lebih suka melihat dan terlibat secara langsung atau berkata tidak suka mencampuri hal rumahtangga orang dengan niat tersembunyi berharap keruntuhan rumahtangga orang lain juga bukanlah manusia yang baik. Tidak hairan akan semua ini kerana kita di akhir zaman.


From: Abu 'Aesyah © <kutubkana@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 March 2011 11:51:42
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 
Adakah ? 1) Nabi Noh a.s tak pandai bimbing is3 n anak2 baginda? 2) Nabi Ayoub a.s gagal menjadikan is3nya seorg solehah? 3) Nabi Ibrahim a.s menyuruh Nabi Ismail a.s menceraikan is3nya yg x akhlak dgn nabi ibrahim selaku bapa mertuanya yg tak pernah bersua sblm ni?


From: siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 15, 2011 9:17:41 AM
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 
lelaki kalo bercerita bab poligami pandai bercakap tentang hukum halal haram, pandai pulak kaitkan dgn al-quran... tp mcm mn dgn solat, berpuasa dan hukum2 lain... kalo nk fahamkan isi kandungan al-quran fahamkan keseluruhannya jgn fhm bab poligami je... ye mmg sy akui suami blh berkahwin sampai 4 dan poligami itu halal dan suami mesti lah berlaku adil... tp suami juga kena ingat kalo ikutkan sunnah nabi muhammad berkahwin lebih dr 1 bukan kerana suka2 tp beliau juga nk membantu dan membimbing isteri2 dalam mendalami ilmu dan agama islam disamping menyebarkan agama islam sehingga isteri2 beliau juga blh berdakwah dalam menyebarkan agama islam... bukan adil dr segi nafkah zahir dan batin je... jd para suami yg nk berkahwin lebih dr satu kena la pastikan anda itu boleh dan berjaya membimbing isteri anda menjadi isteri solehah dan anak2 yg soleh... baru la blh dijadikan contoh yg baik... bukankah kalo isteri tidak tahu suami kahwin lain itu menunjukkan suami tidak jujur terhadap isteri??? apa pulak hukumnya tu??? bukankah satu dosa juga kerana menipu isteri??? bukankan dlm hubungan suami isteri perlu ada kejujuran dan keikhlasan??? jd suami yg ada ht nk berkahwin lebih dr satu tu kena la jujur & pandai2 la nk minta izin isteri... kalo suami yg kahwin lain tanpa pengetahuan isteri tu sama la mcm suami takut isteri... mmg kalo minta izin isteri pertama tiada isteri yang akan mengizinkan... tiada isteri dlm dunia ni mahukan poligami ... tp kalo suami blh meyakinkan isteri insyaallah isteri akan benarkan... drpd isteri terluka dgn penipuan suami... jd ingatlah nk kawin lebih dr satu bukan saja perlu bersedia dr segi  nafkah zahir dan batin sj tp perlu bersedia dr segi rohani iaitu ilmu agama kerana tanggungjawab menjadi lebih berat dalam membimbing isteri2 dan anak2 anda...
 
isu suami atau isteri curang bukan la salah internet atau org lain tp salahkan diri sendiri yg tidak dapat mengawal nafsu dan iman... manusia yg leka dan lalai akan sering melakukan kesilapan dan dosa sama ada kecil atau besar... sentiasalah amalkan solat sunat taubat kerana kita tidak tahu sama ada taubat kita diterima oleh ALLAH ataupun tidak...

From: Abu 'Aesyah © <kutubkana@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 14 March 2011, 16:37
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 
lelaki walau dah berkahwin..bila dia ada ppn lain..dia boleh berkawen dgn ppn len..samada anak dara @ janda..w/p is3 pertama x setuju @ x tahu @ tidak izinkan..hukumnya tetap halal dan harus...xpi berdosa bila x berlaku adil..bab poligami  jgn sekali2 dibantah...sbb itu termaktub dalam quran..itu bukan hukum manusia..tentang poligami tentang TUHAN...poligami TAK salah/berdosa..itu hukumnya (Clear)..yg salah/berdosa bila si suami td x berlaku adil drpd sudut hukum syarie bukan dr sudut hukum nafsu... TETAPI..jika is3 dah bersuami...bila ada jantan lain..boleh ke ada suami ke2@ke3@ke4 dlm masa yg sama walaupun si hubby rela@tahu@izinkan??..silakan bagi hujah dan dalil yg sahih..bukan dalil hawa amarah

From: Suriani Haris <diq_sue@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, March 14, 2011 3:57:20 PM
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 
macam mana lak kalau abai isteri sendiri, rindu isteri orang...tu pun gara FB gakkk....


--- On Mon, 14/3/11, ayusri_1966@yahoo.com <ayusri_1966@yahoo.com> wrote:

From: ayusri_1966@yahoo.com <ayusri_1966@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 14 March, 2011, 12:39 AM

 
AS Salam,
Dosa puan kepada allah lebih besar daripada dosa pada suami puan, ingatlah segala perbuatan kita akan dibalas diakhirat kelak, berbanyaklah meminta ampun pada allah.... --- On Mon, 14/3/11, Erina Mohd Shahril <erina.2009@yahoo.com> wrote:

From: Erina Mohd Shahril <erina.2009@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
To: respeks_group@yahoogroups.com
Received: Monday, 14 March, 2011, 2:42 PM

 
Perghhhh....takutnya kawe..
From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
To: Kelakar@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Mon, March 14, 2011 2:30:54 PM
Subject: RG09... Abai suami sendiri, rindu suami orang (lagi salahguna laman FB!!!)
 

Kenapa selalu FB jadi puncanya???


Abai suami sendiri, rindu suami orang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA sebenarnya isteri bertuah tetapi tidak tahu menghargainya. Saya berkahwin hampir tujuh tahun lalu dan mempunyai dua anak.
Suami saya baik, penyayang dan sangat mencintai saya, baik dengan anak, tidak pernah tinggal solat, malah boleh saya katakan dia memiliki ciri-ciri suami yang susah dicari pada zaman ini.
Pada saat kawan lain merungut dan kecewa dengan sikap suami masing-masing yang bermata keranjang, panas baran dan pelbagai sifat negatif lain, saya hanya tersenyum dan bertuah kerana suami tidak bersikap sebegitu. Segala-galanya berubah apabila saya menghubungi kenalan pada zaman sekolah yang saya panggil Z melalui facebook (FB). Pada awalnya, saya cuma ingin bertanya khabar tetapi semakin lama semakin melarat.
Betul kata seorang ustaz, bila umpan syaitan sudah mengena, yang haram dianggap halal. Daripada berhubung melalui mesej di FB, hubungan kami melarat melalui telefon dan sesekali bila ada peluang, kami berjumpa di luar.
Saya tidak segan lagi mengucapkan perkataan rindu, sayang dan ingin hidup bersamanya. Biasanya kami berhubungan pada tengah malam ketika orang lain tidur. Saya sering memberi alasan kepada suami yang saya lambat tidur untuk menyiapkan kerja pejabat. Saya mula mengabaikan keperluan batin suami. Saya benar-benar bahagia. Dalam sehari, tujuh hingga lapan kali saya menghubungi Z kerana merinduinya. Saya juga rela menghabiskan wang untuk membayar bil telefon kerana biasanya kami bergayut lama setiap kali ada peluang. Hubungan ini akhirnya dapat dikesan isterinya. Walaupun isterinya merayu supaya tidak mengganggu suaminya, saya tetap teruskan hubungan ini. Akhirnya perkara ini sampai juga ke pengetahuan suami saya. Ketika membasuh kereta saya, suami terjumpa sampul surat mengandungi foto Z dan surat cintanya. Suami saya hampir pengsan apabila membaca surat berkenaan. Dia langsung tidak menyangka saya tergamak berbuat begitu padanya. Malah, suami tidak boleh menerima kenyataan saya sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain. Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sikap suami terhadap saya mula berubah walaupun sikapnya dengan anak masih sama. Saya juga tidak lagi menghubungi Z selepas itu. Saya juga beberapa kali menangis di depan suami untuk meminta maaf daripadanya. Walaupun mulutnya berkata maaf, saya tahu dalam hatinya dia belum memaafkan saya. Suami semakin menjauhi saya dan sering tidur bersama-sama anak. Tolonglah saya Dang Setia, saya benar-benar bertaubat. Saya tidak mahu kehilangan suami. Dia terlalu baik kepada saya. Kepada pembaca lain, jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Kini saya merindui senda gurauan suami. Sehingga hari ini saya belum dapat memaafkan diri saya. SITI
Kelantan
Dang Setia bukan anti teknologi maklumat (IT) termasuk laman sosial seperti FB dan twitter, tapi laman sosial seperti itu terlalu banyak menghancurkan rumah tangga pada zaman serba moden ini. Ini berlaku kerana kita, sebagai manusia, lalai dan menggunakan kemudahan itu pada jalan salah. Laman sosial itu ada juga kebaikannya seperti membantu mengesan semula teman lama, sekali gus merapatkan silaturahim di antara umat Islam, terutama sesama jantina. Namun apabila disalah guna, kemudahan itu boleh menjadi racun. Sebagai contoh, percubaan mengesan semula kekasih lama atau 'teman tapi mesra' sedangkan kita sudah bersuami atau beristeri. Itu namanya mencari pasal. Apa lagi jika FB dijadikan wadah untuk meluahkan perasaan, terutama masalah rumah tangga. Lama-kelamaan, tidak mustahil si lelaki atau si wanita terpikat sesama sendiri kerana kesudian menjadi pendengar setia, atau bijak memberi pendapat. Apapun, mujur puan menyedari kesilapan besar puan, itupun selepas 'tertangkap' dengan suami yang terjumpa surat cinta Z ketika membasuh kereta puan. Tanyalah lelaki mana sekalipun, 'luka' itu sangat pedih dan dalam. Isteri yang selama ini dijunjung tinggi, nampak baik dan sopan di depan mata, rupa-rupanya bercinta dengan suami orang di belakang. Luka yang dalam tidak akan sembuh sehari dua, sebaliknya mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya. Begitu juga hati suami yang lazimnya keras, apatah lagi tertipu dengan lakonan isteri. Apa yang boleh puan lakukan sekarang adalah perlahan-lahan cuba mengambil hatinya semula. Kembali kepada perwatakan asal puan, jadi isteri terbaik untuk suami dan ibu terbaik untuk anak. Pada masa sama, perbanyakkan solat taubat dan hajat, memohon kepada Allah untuk kembali membuka hati suami supaya menerima puan seperti sedia kala. Insya-Allah, jika suami yakin puan benar-benar berubah, dia akan menerima semula puan seperti dulu, apatah lagi jika cintanya terhadap puan masih utuh.
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment