Thursday, March 17, 2011

Re: RG09... Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

 

Jika hendak melentur buluh,biar dari rebungnya..kalau dah jadi rebung,payah nak dilenturkan sbb dah keras..boleh patah rebung tu.secara umumnya kanak2 adalah budak yg berusia lingkungan 1-12 tahun. Pada usia ini,tengoklah pada tahap kesesuaian umur kanak2 tersebut utk didedahkan kepada hal2 agama..kalau umur 2 tahun,tidak perlulah dibawa ke masjid,dikhuatiri mengganggu jemaah yg lain dan juga kesucian masjid jika terkencing/terberak di tempat solat. Tetapi pada umur 7 tahun seharusnya diajar mendekati masjid kerana pada usia ini kanak2 boleh dipukul (tidak sehingga mencederakan) jika tidak menunaikan solat.

Nak ajar mengaji pun,perlu pada umur kanak2 sebab lidahnya masih lembut utk menyebut huruf2 al-Quran..tanyalah kpd para ustaz/ustazah yg mengajar org tua mengaji..jenuhnyaa..sbb lidahnya dah keras,sebutannya jadi kurang tepat..

Kesimpulannya,mmg perlu didedahkan ilmu agama pada peringkat kanak2 tetapi perlu bersesuaian dgn umurnya..boleh bertom tom bak tetapi biarlah menjadi kanak2 yg multiskill..tahu tentang dunia dan akhirat..tahu menyanyi nursery ryhtmn dan mampu membaca al-fatihah,surah2 lazim dan lagu2 nasyid juga..biar pelbagai..barulah anak menjadi superstar di mata ibubapanya..setakat pandai menyanyi twinkle2 star tapi doa makan langsung tak reti,malu juga ibu bapa..seolahnya tidak mendidik anak...tahu nyanyi nasyid,tapi bila ditanya what is your name,tak reti jawab..seolahnya anak ini tidak didedahkan dgn perkembangan bidang lain..sedangkan Rasulullah berpesan,belajarlah sehingga ke negara China..maksudnya perlu belajar pelbagai bidang hingga ke merata alam sekalipun..jgnlah kita menjadi ibu bapa yg narrow minded..




From: Azman Amat <azmanamymcsb@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 18 March 2011 9:44:47
Subject: Re: RG09... Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

 

Ermm... maaflah saya pun tak arif pasal benda ni.... cuma dalam keadaan tertentu rasanya si ayah tu boleh melakukan solat sendiri sbb dikhuatiri kehadiran si anak tadi akan menganggu jemaah lain... rasanya tak salah kalau kita bagi pendidikan keagamaan pada anak2... kerana mereka akan bukan setakat tahunya bergama... tapi tahu apa pentingnya beragama... contoh.. tahunya Allah dan rasulnya... menghormati kedua ibubapa... dlm ceramah ust Azhar Idrus pun ada menyebut perihal solat.. dimana beliau menegaskan... sekiranya kehadiran kita memberikan ketidakselesaan pada jemaah lain elok solat di rumah sahaja...
 
lagi satu takkan kita nak bagi anak2 mengenal perkara2 yg lagha... mengenal malah sampai tahap memuja artis2? dalam usia 2-5 tahun anak2 dah kenal sapa artis tu... artis ni.... lagu tu... lagu ni... tapi perkara asas seperti doa makan.. doa tidur dan zikir2 harian tak tahu langsung...
 
apa pun bagi saya terpulang pada tiap ibubapa... kalau nak bagi anak pendedahan perkara tersebut... yelah seperti petikan diatas.. "anak adalah permata"... itu hak ibubapa...
 
tapi andaikata... dalam usia mentah.. disaat anak2 tadi tak mengenal penciptanya.. dan dlm masa yg sama ditakdirkan kedua ibubapanya telah kembali kerahmatullah.... tinggallan si anak tadi hanya tahu mendedangkan lagu "Untukmu Ibu" lagu kumpulan Exist diatas pusara... tak payah baca qura, yassin dan Al-fatihah untuk kedua orang tuanya...
 
waullahualam...
 


 
2011/3/17 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>

Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

Dr Faisal Tehrani

Beginilah sebaik-baiknya. Kanak-kanak masih mentah. Mereka mahu berhibur, bergembira, riang-ria, suka-suka, bergelak ketawa dan dibenarkan bermain. Biarlah kanak-kanak kenal apa itu hedonisme dari usia rebung lagi. Ini juga menunjukkan kita moderat, bertolak-ansur dan moden. Kanak-kanak adalah permata.
Jangan sesatkan kanak-kanak dengan agama. Mereka masih muda benar, justeru elakkan diajar aspek-aspek Islam. Kita bimbang kanak-kanak menjadi ekstrim dan asyik dengan agama sahaja.

Kanak-kanak sebaiknya jangan dibawa ke masjid kerana mereka akan menangis, berteriak dan menyusahkan ibu-bapa.

Mengajar kanak-kanak belum baligh kepada Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah mereka. Mereka tidak harus dibebankan dengan ibadah amali.

Kanak-kanak akan cepat bosan jika didedahkan kepada hal ehwal agama demikian awal. Psikologi mereka akan terbantut dan terganggu.

Kanak-kanak terbaring begini di saf solat memang menyusahkan. Sepatutnya kanak-kanak ditimang, didukung dan dikejar ketika dalam solat. Contohi solat mereka ini; klik sini. Solat mereka tidak sesat.

Jangan contohi syiah di Iran. Apa yang mereka lakukan ialah mengajar kanak-kanak supaya takutkan Allah, meneladani akhlak Rasulullah saw dan para ahlul bait. Ini adalah contoh yang sesat dan menyesatkan. Kita bimbang perkara seumpama ini menjangkit di sini. Pastikan anak-anak kita terus tom tom bak sehingga dewasa.
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment