Monday, March 21, 2011

Re: RG09... Jeng jeng jeng : Rakaman aksi seks pemimpin pembangkang utama

 

Salam semua....

Saya nie bukan nak sokong mana2, tp bila difikirkan balik, betul jugak kata "Pak Mat Tempe" tu.. Bila nak PRU je mcm2 cerita kita dengar.. Dalam erti kata lain, kalau la kita sakit dah nak mati baru nak berubat... Bila nak PRU je keluar cerita yg bukan2.. Kalau mcm tu la gayanya, teruk la umat Muhammad zaman skrg nie. Nak kata tak sekolah, semua masyarakat sekarang rasanya mendapat pendidikan yang sempurna, tapi berfikiran macam orang tak sekolah.. Kita lebih suka menjatuhkan dan memburuk-burukkan orang lain dari memajukan diri dan bangsa sendiri.. lebih baik kite cermin diri kite dulu sebelum mengata orang lain..

Jadi fikir-fikirkan la... Ingat generasi kita yang akan datang, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Manalah tahu satu hari nanti Bumi Bertuah ini dilanda musibah (gempa bumi dan tsunami mcm kat Jepun). hanya Allah swt yang lebih mengetahui...

Majulah umat Muhammad dan Bangsa Melayu..!!!!



--- On Mon, 21/3/11, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:

From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Jeng jeng jeng : Rakaman aksi seks pemimpin pembangkang utama
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 21 March, 2011, 5:06 AM

 

Dia tak tahu la tu ada vidoe tersembunyi.... Most probably dia diperangkap sebab sepatutnya mana boleh ada CCTV dalam bilik hotel. Biasanya CCTV kat luar bilik... Apa-apa pun, siapa pun dia...berani buat berani la tanggung... 


From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, March 21, 2011 4:51:14 PM
Subject: Re: RG09... Jeng jeng jeng : Rakaman aksi seks pemimpin pembangkang utama

 

Assalamualaikum .
 
Kalau tak salah Pak mat la ......... macam ni punya gayanya alamat tak lambat nak PRU 13 dah ni.....
Bila baca sampai habis pun rasa macam ada yang tak kena ngan cita tu , sebab ayat last tu " tolong ambilkan jam " , kalau si di tuduh itu buat hal... takkan dia nak suruh datuk T ...tolong ambilkan jam ... pelik dan musykil di situ .... !!!!! tapi entahlah , apa pun Pak mat  langsung tak caya ...benda cam ni ... !!!  


From: abi umar <mrespeks@gmail.com>
To: mahligai@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com
Sent: Mon, March 21, 2011 3:44:56 PM
Subject: RG09... Jeng jeng jeng : Rakaman aksi seks pemimpin pembangkang utama

 

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment