Tuesday, March 15, 2011

Re: RG09... Kisah yang tidak diminati ...

Sifat bangsa kita yang suka memutarbelitkan cerita.
Kesimpulan cerita pun dah diberi IKHLAS.
Lepas tu meleret-lerer sampai Munafik semua keluar.
IKHLAS adalah rahsia Allah SWT.
Malaikat pun tak tau perbuatan kita ikhlas atau tidak.
Sebab itu setiap perbuatan kita perlu sentiasa kita jaga niatnya.
Semoga Allah terima semua amalan kita. 
 
 



From: white_eagle <nordinmohajil@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, 16 March, 2011 11:57:00
Subject: Re: RG09... Kisah yang tidak diminati ...

 

as salam semua...

Pada pengamatan sy, apa yg ingin disampaikan oleh saudara faruqi adalah berkenaan KEIKHLASAN dlm mnyampai dan menyiarkn tentang islam. Kita sebg insan yg berakal waras tidak seharusnya terus melemparkn atau mnghukum seseorg itu sbg munafik. Adakah ini sikap kita sbg seorg muslim yg bragama Islam memartabatkn seruan ISLAM. Sepatutnya kita mengambil iktibar & pengajaran drp cerita tersebut. Jika benar pertuduhan yg empunya adalah munafik, haruslah kita bangun membantunya pulang ke pangkal jalan, tarbiyahkn semula, dididik penuh keilmuan islam sebenar dan kasih sayang dan bukan seperti pertuduhan yg melulu. Ingat kita sbg penganut agama Islam harus membantu sesama saudara seislam kita seperti yg dianjur dan dibawa oleh rasulullah s.a.w serta yg diperintah oleh Allah.
Fikirkanlh wahai saudara2ku...

2011/3/16 fi ki <galo_smart@yahoo.com>
cerita tu pasal ikhlas..kalu dh salah tetap salah..mmg nk tgkkan agama ISLAM bkn mudah n bukan sume org mampu buat kalu imam x kuat..
 
ko nk tudah org munafik 2 apa hal plak..itu kisah utk jd teladan..


From: Mohd Hanim Rahim <mohdhanimrahim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Sent: Wednesday, March 16, 2011 7:41:23
Subject: Re: RG09... Kisah yang tidak diminati ...

Hello bro...apa hal ni pagi pagi nak tudoh org jadi munafik....mu gi mekah ...ramai budak budak muda calor sawo matang
pegang kerakyatan sana....kalau ditanya ..keturunan org Pattani, Indonesia.....

Gua ingat lu ni Pendatang Haram kat sana.......


From: Rafli Rulniadi <ashrafrulniadi@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Sent: Wednesday, March 16, 2011 7:12:41
Subject: Re: RG09... Kisah yang tidak diminati ...

 

HAHAHAHAH..NAK JUAL CERITA TIPU LAH ENGKAU. ARAB SAUDI TAK KAN KELUARKAN TARAF KERAKYATAN KPD WARGA ASING WALAU PUN HANG DOK SANA LEBIH 25 TAHUN.

SAYA DOK ANA LEBIH DARI 3 TAHUN, TAHU SGTLAH...

JANGAN DOK JADI MUNAFIK LA WEH..

2011/3/16 Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>


Kisah yang tidak diminati oleh setengah orang
Posted on Tuesday, March 15 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Artikel Oleh: hidup_akhirat

"Kira-kira pada tahun 1988 seorang kawan saya iaitu Ustaz Mokhtar dari Pondok Kubang Bemban Pasir Mas telah pergi menunaikan haji Ke Mekah. Beliau pergi seorang diri tanpa membawa isterinya ke Mekah.

Semasa di Mekah beliau mendengar satu berita, dimana King Fahd Arab Saudi telah diberi anugerah bintang kebesaran oleh baginda Queen Elizabeth England. Dengan wajah yang berseri King Fahd bergambar dan gambar keluar dalam majalah Times versi Bahasa Arab. Apabila majalah telah berada dipasaran, baharulah sedar bahawa medal itu merupakan sejenis salib (salib itu ada beberapa bentuk)

Dalam keadaan panik King Fahd memanggil semua mufti diseluruh Arab Saudi dan mengarahkan mereka mengatakan salib yang dipakai seperti dalam majalah itu bukan salib tetapi bunga. Mufti yang berada dalam keadaan diugut terpaksa mengaku ianya bunga kecuali seorang mufti dan ia telah dibuang dari jawatan mufti.

Mufti yang kena buang itu rupanya berasal dari Patani, Thailand tetapi telah menjadi warga Saudi. Ustaz Mokhtar yang berasal dari Thailand itu kenal bekas mufti berkenaan. Setelah selesai mengerjakan haji, Ustaz Mokhtar pergi ketempat mufti berkenaan disuatu perkampungan, dimana ia mengajar agama sambil memelihara kambing dan kambingnya dijaga oleh murid-muridnya.

Bila tiba dikediaman bekas mufti berkenaan Ustaz Mokhtar beritahu ingin belajar ilmu darinya. Tapi dia kata `Mu tahu belako doh, aku nak ajar gapo ?' Setiap hari ustaz Mokhtar minta diajar sesuatu, tapi jawapannya sama. Setelah beberapa hari (saya lupa jumlahnya) ustaz Mokhtar pun ingin pulang ke Mekah semula. Semasa sedang memakai kasut untuk pulang, bekas mufti berkenaan berkata `Aku nok pese so yah ko mu, (aku nak pesan satu sahaja kepada mu) ikhlaslah dalam semua perkara. Ustaz pun pulang ke Mekah. Setelah selama beberapa hari, yang dapat ia belajar hanyalah sepatah perkataan iaitu ikhlas.

(Ustaz Mokhtar telah uzur dan masa ini masih mengajardi Pondok dan masjid, berkelulusan Ijazah Akademi Islam Nilam Puri, bekas pejuang pembebasan empat wilayah Thailand selama 13 tahun mengangkat senjata dalam hutan)

Kesimpulan yang diperolehi ialah:
1. Jika Mufti Arab Saudi yang gajinya sekitar Rial 30,000 sanggup menjualagama demi jawatan, kemungkinan mufti di Malaysia mungkin lebih lagi.
2. Untuk memahami dan mempraktik ikhlas itu amat susahdan memerlukan bertahun-tahun untuk mempelajarinya.

Inilah cerita yang tidak diminati bagi setengah orang."
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli











--
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kerunsingan & dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan & kemalasan, aku berlindung kepadaMu daripada perasaan penakut & bakhil serta aku berlindung kepadaMu daripada belenggu hutang & tekanan orang."



No comments:

Post a Comment