Tuesday, March 15, 2011

Re: RG09... Kutu-kutu

 

Saya tidak nampak pula kesalahan dalam pembelian secara kutu-kutu ini...kerana mereka beli barang bayar secara  ansuran. Betul seperti apa yang diterangkan oleh Azwan....kalau tidak beli barang secara kutu-kutu ini  susah juga mereka nak beli barang secara bayar sekali gus. Kerana biasanya bila ketua itu dapat cari 10 orang contohnya untuk beli pinggan set, dia akan mendapat percuma satu set. tugas dia mengutip duit dari kesepuluh orang ini setiap bulan. Kerana dia menjalankan kerja so dia diberi hadiah itu saja...apa yang salahnya...????


From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 15, 2011 16:56:46
Subject: RG09... Kutu-kutu

 

Kutu-kutu


Assalamualaikum WBT,

Selepas ini mana-mana denda sebanyak RM500,000.00 akan dikenakan kepada mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu berbanding denda RM5,000.00 sekarang ini. Ini dikemukakan oleh Dato Seri Ismail Sabri di Dewan Rakyat hari ini.

WOW!! Banyak tu. Denda RM500,000 berbanding RM5,000 dengan kenaikan 100 kali ganda. Kenapa banyak sangat kenaikkannya? 100 kali ganda. Bagaimana pula dengan individu yang menganjurkan permainan kutu-kutu ni? Adakah denda yang sama?

Permainan kutu-kutu terutamanya bagi masyarakat dikampung sangat popular dari dulu hinggalah kini. Malah permainan ini berterusan dari emak kepada anak kepada cucu kepada cicit. Mungkin juga ada sampai kepada piut. Dengan duit permainan kutu-kutu inilah ibu-ibu yang tidak bekerja dapat membeli barang idaman mereka. 

Tapi kerajaan hari ini menyatakan salah disisi undang-undang permainan kutu-kutu ni. Namun demikian dalam Islam, tidak haram kerana wang yang terkumpul adalah hasil wang sendiri dan tiada unsur-unsur riba disitu. Tidak pasti apa alasan kerajaan mengatakan salah, namun pada pendapat saya ianya mempunyai risiko yang tinggi dan akan menyebabkan kerugian pada satu-satu pihak jika berlaku penipuan. 

Namun begitu, proses permainan kutu ini masih terus berlangsung hingga kehari ini dan kini dengan bermacam cara. Selamat berkutu-kutu. Jangan ada kutu sudah. 
 
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment