Tuesday, March 15, 2011

Re: RG09... Lelaki uzur kena saman

 

setuju sesangat dengan lah68 ripen,
 
mmg itu yg septtnya.. kena speed trap terus tahan and saman.
 
puas hati sebab masa saman polis tu minta autograf kita...
 
glamour gitu.....


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, 15 March, 2011 17:42:05
Subject: Re: RG09... Lelaki uzur kena saman

 

Itulah saya dah kata, kerana nak senang kerja polis buat saman ekor, Dengan teknologi yang ada polis boleh menyaman terus kepada pemandu yang membuat kesalahan tersebut tanpa perlu saman ekor. Biasanya polis yang bertugas akan duduk di tepi jalan raya yang menjadi sasaran dan menangkap pemandu yang memandu laju dengan kamera speed trap. Mereka tidak dapat mengesan pemandu sebenar melainkan berpandukan no pendaftaran kenderaan sahaja, cara ini sebenarnya lebih banyak menyusahkan banyak pihak walaupun ia menyenangkan pihak polis. 

Satu cara yang lebih berkesan ialah menahan terus kenderaan yang dipandu laju dan menyampaikan saman terus kepada pemandu mengikut kad pengenalan mereka. Pihak polis akan menggunakan teknologi speed trap untuk mengesan pemandu melulu dan menghubungi rakan bertugas yang akan menahan kenderaan itu di sepanjang jalan raya tersebut Contohnya speed trap diletakkan di km 2 jalan sentosa dan kenderaan yang ditangkap melebih had lagu akan ditahan oleh polis lain di km seterusnya mungkin dalam jarak 5 - 10 km dari jarak speed trap itu dipasang. Kita tiada masalah dengan alat perhubungan komunikasi untuk tindakan sebegini dan yang penting saman diberi terus kepada pemandu yang memandu kereta. Ingat kereta tidak bersalah yang bersalah adalah pemandunya jadi yang sepatutnya dihalang ialah pembaharuan lesen memandu bukan roadtax kereta.


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: mohalim@yahoo.com
Sent: Tuesday, 15 March 2011 16:52:59
Subject: Re: RG09... Lelaki uzur kena saman

 

sdr Mohd Halim,
 
kena pergi ke balai polis yg keluarkan saman ke?abihtu, kalo jauh camnela... mcm saya ni di labuan, tp dpt saman di rompin,pahang.maknanya, saya kena beli tiket flight pergi balik utk semata2 membeli gambar itu? ada alternatif lain tak?salinan gambar biasanya rm10, tp kalau jadi 20-30 inggit tu, takde masalah..kalo nak banding beli tiket flight...trafik labuan pun suruh saya beli di rompin... adehhh...
 
JO 9 D



From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Nurul Wahida <nurulwahidamajid@yahoo.com>
Sent: Tue, March 15, 2011 11:04:20 AM
Subject: Re: RG09... Lelaki uzur kena saman

 

As Sallam..
Ada tiga kemungkinan: Pertama: Mungkin pihak polis tersalah catat daripada nombor plet dalam gambar simpanan polis.
Kedua; nombor itu betul dan kemungkinan ada orang lain yang menggunakan nombor plet tersebut (ini biasa kalau motor curi) , dan ketiga; mungkin pada masa yang dinyatakan ada orang lain yang meminjam (disedari atau tidak) dan membawa motor ini melalui tempat yang kena saman tersebut.
Jalan penyelesainya adalah pergi ke balai polis yang mengeluarkan saman dan cuba dapatkan gambar yang ada dalam simpanan polis. Bandingkan gambar dengan motor sebenar.


From: mohd fauzi ge <ge_9558@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Nurul Wahida <nurulwahidamajid@yahoo.com>
Sent: Tue, March 15, 2011 7:03:29 AM
Subject: RG09... Lelaki uzur kena saman

 

Lelaki uzur kena saman


ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.


BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.





Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment