Monday, March 21, 2011

Re: RG09... Malaysia Maju Bersama "Oral Seks" Diatas Motor

 

zul tu kata dia seorang pejuang islam tp yg peliknya die menuduh org berzina tp xade bukti yg sahih..setakat video yg blom tentu asli ke palsu kadungannya..bodoh btol manusia nie
zulkifli noordin-inilah wajah sebenar org yg diberi kuasa tp tidak amanah dlm melaksanakn tanggungjawab bile lompat parti..hinanya manusia nie..

From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 22, 2011 3:11:45
Subject: RG09... Malaysia Maju Bersama "Oral Seks" Diatas Motor

 

Laporan Utusan Malaysia Online:

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan 'Datuk T' sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

"Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

"Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang 'kuat agama' terpedaya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam bab video yang disebut-sebut ni aku tak nak komen apa-apa sebab aku tak mau jadi "bias" sementelah lagi aku belum tengok video yang disebut-sebut tu. Mat Motor ni sendiri pun aku tak tau samada dia dah tengok atau belum video tu tapi kalau dibaca kenyataannya, dia "yakin" itu dalah pemimpin Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO.

Mungkin betul dan mungkin jugak tak betul dakwaan puak-puak UMNO. bagi yang memakai ketayap dan membawa imej Islam, bila dia sebut dia "yakin 110%" maka dah jelas berlaku "subahat" kalau individu yang berada dalam video tersebut bukan Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO.

Betul atau tidak kita pun tak tau sebab aku yakin kita semua belum tengok lagi video tu dan kita pun tak tau kesahihan video tu.

Kalau video tu palsu, maka yang jelas bersubahat akan menanggung dosa selama mana dia tidak mohon maaf pada individu yang menjadi mangsa fitnah. dosa memfitnah tidak akan mendapat pengampunan daripada Allah melainkan hanya boleh dimaafkan oleh individu yang menjadi mangsa fitnah.
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Aku tak mau terlibat dalam menanggung dosa fitnah, jadi buat masa ni aku tak nak komen apa-apa pasal video yang disebut-sebut tu.

Cuma sebagai rakyat Malaysia, aku rasa sangat-sangat sedih sebab dalam era kemodenan, era menuju negara maju, negara yang hebat dengan teknologi Nuklear yang akan kita bina, kita masih menggunakan taktik kuno zaman jahiliah iaitu menjatuhkan lawan politik dengan "fitnah".

Masuk dekad baru, kita semakin kebelakang. musuh politik tidak dijatuhkan dengan hujah kebijaksanaan berpolitik sebaliknya cuba dijatuhkan dengan skandal "seks".

13 tahun dulu adik-adik aku baca surat khabar sebab ada cerita seks & 13 tahun kemudian aku tak sangka anak-anak aku & anak-anak kita semua masih membaca cerita yang sama di dalam surat khabar. paling hebat, cerita-cerita ni terpapar dimuka depan akhbar Media Perdana.

Majalah seks cuma letak tajuk dekat muka surat depan dan bila kita bukak mua surat dalam, cerita yang ada dekat dalam tu kadang-kadang langsung tak de kena mengena dengan seks. lain pulak dengan akhbar sekarang. tajuk besar dekat muka surat depan dah jelas berunsur seks, bila baca cukup detail siap cerita apa itu "oral seks".

13 tahun dulu umur aku 23 tahun, bila aku baca dekat surat akhbar bab oral seks, aku kena tanya ramai orang apa tu "oral seks" dan masa tu aku rasa bila aku tanya oral seks tu apa, hampir semua orang yang berumur daripada aku tak tau apebenda "oral seks".

Last skali aku dapat tau "oral seks" tu melalui sorang sasterawan yang arif dalam bahasa melayu lama & baru. baru aku tau "oral seks" tu apa. tahun ni umur aku 36 tahun, budak-budak sekolah rendah yang aku jumpa pun tau oral seks tu menatang apa... betul la... Malaysia dah maju.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah Negara Maju, maka taktik mengalahkanmusuh dengan hujah dah berguna lagi... rakyat makin bijak menilai hujah, rakyat makin terdedah dengan berbagai fakta dan akan mengadili semuanya dengan akal yang sihat hatta sambil-sambil menikmati "oral seks" pun rakyat masih sempat berBB mencari maklumat.

Jadi Negara ini harus undur sedikit kebelakang. undur kebelakang adalah 1 cara yang bagus untuk mengelirukan manusia-manusia bermaklumat. cara kuno ni kira macam lebih kurang pakai santau la... kes macam ni selalunya yang buat bijak pandai yang ada lulusan PhD terbongkang tak leh nak jawab dengan jelas sebab maklumat tak jelas.

Bila maklumat tak jelas, akan jadi masalah untuk buat kajian... jadi lulusan PhD hanya akan keluarkan "pandangan" sahaja. pandangan ni tak berapa jelas, dan akan jadi bahan debat sampai bila-bila.

Bagi yang ada "gen MeLAYU bodoh" macam Zul Kulim, tak payah fikir panjang, terima ke bulat-bulat pandangan sekerat jalan tanpa hujah berbukti.

Ini yang berlaku sekarang.

Yang lain-lain korang fikir la sendiri.



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 3/22/2011 02:29:00 AM


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment