Sunday, March 20, 2011

Re: RG09... Retak dek facebook (lagi2 facebook)

 

Salam,
 
Dimanakah silapnya... kenapa mesti mengadu domba kisah hidup dgn org lain...,Kisah lama... jadikan cerita lama.. full stop.  Bila bercinta dengan insan lain dan menjadikan insan itu seorang suami/isteri.. jadikanlah si dia insan yang amat berharga dihati..  masa bercinta semuanya sanggup segalanya.. Tugas suami menjadi ketua keluarga memang berat.. kurang bersama keluarga kerana kerja.. bukankan itupun utk kesenangan keluarga..(jika benar seseorang suami itu bekerja utk keluarganya). Tugas isteri menjadi pencinta yang setia... menanti suami setiap hari, menjadi seindah yang mungkin kepada suami.. Walaupun kita ini makin dimamah usia... sentiasalah dihati kuatkan cinta... Cinta pada ALLAH...dan seterusnya cinta pada SUAMI/ISTERI.. sentiasa mencari kelebihan suami/isteri apabila terjadinya sesuatu perbandingan...dengan cara itu kita akan rasa sumai/isteri kita adalah lebih baik dari orang lain... Sayangilah dan cintailah keluarga dulu sebelum mencari cinta lama untuk diri disayangi... Belum tentu apabila kita bersama kekasih hati yang dahulunya kita cintai akan sama apabila bersama kelak... Entahlah.... jgn dicari musibah hidup... carilah pengertian hidup.. SEBAB kita ..hanya manusia yang telah ditetapkan kematiannya... hargailah kehidupan ini dengan menghargai semua yang ada dikeliling kita...Restu Ibu/Bapa dan suami..adalah cahaya yang menerangi hidup kita ke jalan yang baik ....  
 
Kisah lama ..jadikan kenangan,  kisah yang buruk dibuang jauh2 dan jangan disimpan... yang indah perlu dijadikan pedoman... Kita manusia memang akan sentiasa diduga.. tapi setiap langkah yang dibuat..fikirkanlah buruk dan baik setiap perbuatan itu... jgn hanya mencari cinta lama kita abaikan cita yang ada.. yang ada menghargai kita sekarang ini... yang ada menyintai kita sekarang ini... yang ada menghormati kita sekarang ini..yang ada ingin sehidup semati sekarang ini...  
Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran, pedoman...  Jika kita menerima dan meredhai kehidupan kita.. pastinya segala yang negatif dapat dijauhi... kerana adanya org yang kita perlukan dikeliling kita...  BERCINTALAH sampai ke SYURGA... kerana ALLAH...  


From: wan roslina <oneroslina@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, March 20, 2011 8:24:45 PM
Subject: Re: RG09... Retak dek facebook (lagi2 facebook)

 


Assalamualaikum,

Kwn2  hati2 ye....semoga peristiwa dlm citer ni tak terjadi pd kwn2 semua....Insyaallah.


From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
To: Kelakar@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 20 March 2011 14:28:17
Subject: RG09... Retak dek facebook (lagi2 facebook)

 

Apala nak jadi dengan dunia hari ni...ada teknologi canggih begini pula jadinya..


Retak dek facebook


SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk 'Abai suami sendiri, rindu suami orang' minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.

Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.


Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.


Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.


Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.

Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.


Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.


Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.


Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.


Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.


Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.


Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal... hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM... saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.


Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan "naperrr..." Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej "naper..." Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan "naperr.." seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.


Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.


Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.


Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.


Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang... itulah hati saya.


Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.


Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.


Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!



AZAM
Shah Alam



Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Retakdekfacebook/Article/artikelMA





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment