Wednesday, March 16, 2011

RG09... dah kaya..tapi xcukup kaya...nak kaya lagi..

 


brcakap pasal kaya ni.. wa ada story nk citer kt kengkawan..
cer citer.. cer citer.. cer citer..
citer ada org citer kt wa.. kisahnya.. Din (bukan nama sebenar) sedang memandu sorg diri menuju balik ke kampungnya pada satu malam jumaat.. jam kt keta pd waktu baru menunjukkan pukul 9.30 mlm.. jalan menuju kampung dia tu amat sunyi, perlu melalui kubur, kebun getah, kelapa sawit & kebun taugeh..
dlm prjalanan tu dia nampak ada sorg pakcik berjalan kaki di kegelapan malam dgn hanya bertemankan torchlight dan menjinjit satu beg plastik yg penuh dgn barang.. atas rasa simpati Din memberhentikan keretanya & mempelawa pakcik tu naik. "Pakcik! mehlah naik.. saya tumpangkan.. Mehlah!"
setelah berfikir sejenak.. pakcik tu pun naik kereta mamat.. "thank you bro sebab sudi tumpangkan pakcik".. pergh..
then pakcik tu terus senyap.. matanya hanya memandang ke depan. 
tiba2 Din terbau sesuatu yg amat busuk.. busuk giler!! Din menjeling ke arah pakcik tu. Pakcik tu menekup mulut & hidungnya dgn tangan.. Din lantas membuka tingkapnya.. "Maaf pakcik.. saya x tertahan.. sakit perut.. terkentut sikit.. td makan telur rebus 3 biji!".. "busut betul mamat ni" getus pakcik tu dlm hati.
tiba-tiba pakcik tu bersuara.. "anak nk kaya tak?"
"aahh.. sudah! soalan apa plak pakcik ni tanya?" Din bermonolog..
"xpelah pakcik.. saya rasa dh ok dgn keadaan saya sekarang.." jwb Din.. pakcik tu hanya mendiamkan diri..
5 minit kemudian, pakcik tanya lagi.. "anak nk kaya tak?"
"isy pakcik nie.. xpelah pakcik. saya bersyukur dgn kehidupan saya sekarang yg serba sederhana.."
"jauh lagi ke rumah pakcik?".. "Dh dekat dh.. depan simpang tu je" jwb pakcik tu ringkas.. "anak tak nak kaya ke?" tanya pakcik tu lagi..
"xpe pakcik.. terima kasih.." jwb Din ringkas.. dia dh malas nk layan pakcik tu.
"ok.. dh sampai.. turunkan pakcik di sini"
"baiklah pakcik" Din mengerling ke kiri jalan.. ada sebuah rumah kampung bercahaya malap.. "tq bro kerana sudi menumpangkan pakcik"
tanpa berlengah Din meneruskan perjalanan menuju ke rumah neneknya.. sampai shj di halaman rmh neneknya, Din dapati ada satu bekas berwarna putih di atas seat pakcik tu td.. Din pun mencapai bekas tu dan memasang lampu dlm keretanya.. "KAYA SRI SIANTAN.. TERBAIK DR LADANG.." arghhhh...
 
 

Rock sokmo..


2011/3/16 best ball <bestball007@gmail.com>

Banyak jutawan AS rasa belum cukup kaya

CHICAGO 15 Mac - Separuh daripada jutawan Amerika Syarikat (AS) mengeluh kerana tidak memiliki kekayaan yang mencukupi, walaupun mempunyai simpanan sangat besar, manakala dua pertiga lagi bimbang peningkatan cukai akan mengurangkan kemewahan mereka, menurut satu kajian.

Kajian yang dijalankan syarikat perkhidmatan kewangan berpangkalan di Boston, Fidelity Investments mengkaji isi rumah yang mempunyai aset untuk dilaburkan dengan pengecualian hartanah dan akaun persaraan, bernilai sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.1 juta),

Lebih 1,000 jutawan yang ditemubual, 42 peratus menyatakan mereka tidak cukup kaya, manakala 64 peratus responden bimbang atau sangat bimbang impak perubahan cukai ke atas pelaburan mereka. - Reuters


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment