Tuesday, March 22, 2011

RG09... Insentif membela nasib pesara sektor awam

 

Insentif membela nasib pesara sektor awam

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan satu lagi insentif bagi membela nasib pesara sektor awam.

Penjawat awam yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila bersara pada umur wajib layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. Kemudahan ini bukan sahaja melibatkan pesara berkenaan tetapi juga anggota keluarga tanggungan mereka.

Kata Perdana Menteri, ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa. Pengumuman ini sudah tentu memberi kelegaan dan keselesaan hidup kepada kakitangan awam terbabit apabila mereka tamat perkhidmatan.

Sebelum ini mereka yang mencarum dengan KWSP dijangka mengalami kesempitan hidup selepas menamatkan perkhidmatan mereka 10 tahun atau lebih daripada itu.

Mengikut data KWSP sendiri, kebiasaannya wang simpanan pencarum akan habis selepas tiga tahun dikeluarkan apabila mencapai umur wajib persaraan. Masalah wang ini juga melibatkan pencarum kakitangan kerajaan yang memilih skim KWSP daripada skim pencen.

Bagimanapun kita berharap kemudahan rawatan perubatan percuma ini diperluaskan kepada pekerja sektor swasta.

Ini kerana kebanyakan pekerja yang mencarum dengan KWSP adalah kakitangan swasta. Ramai yang tidak mampu membiayai kos perubatan kerana dalam usia warga emas itulah pelbagai jenis penyakit berbahaya muncul dan ada yang semakin kronik. Kos rawatan pula berjumlah puluhan ribu ringgit termasuk ubat-ubatan dan rawatan susulan.

Kita bersyukur kerana KWSP telah memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu ahli mengeluarkan caruman untuk membayar kos rawatan penyakit kritikal bagi diri sendiri dan juga keluarga.

Tetapi bagaimana pula kos rawatan selepas kakitangan swasta bersara? Setakat ini belum nampak skim yang betul-betul membela nasib pekerja swasta apabila mereka bersara kelak.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP 1Malaysia) yang diperkenal tahun lalu bagi membantu individu yang bekerja sendiri menangani masalah simpanan pada hari tua seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, penyanyi, pelakon, petani, nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil-kecilan juga belum menjamin untuk meringankan beban kewangan bagi membayar kos perubatan.

Rakyat tidak mencemburui apa yang kerajaan berikan kepada kakitangannya. Tetapi dalam sesetengah perkara, rakyat bukan kakitangan kerajaan juga mahu kerajaan membantu meringankan beban mereka termasuk harga rawatan dan ubat-ubatan yang mahal.

Untuk itu, barangkali kerajaan perlu merangka pelan untuk meringankan kos rawatan pesakit terutama warga emas lain yang banyak menghidap penyakit serius.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment