Tuesday, March 15, 2011

RG09... JAKIM: Jangan melatah isu persenda azan

 

Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi "YouTube" kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.

"Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal. Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi "YouTube".

Wan Mohamad berkata isu yang "tenggelam timbul" seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah.

"Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment