Wednesday, March 16, 2011

RG09... Pelajar Kedah diserang angin ahmar di Mesir

Pelajar Kedah diserang angin ahmar di Mesir
Posted on Wednesday, March 16 @ 09:35:50 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Berita Oleh Amelia Hashim

MESIR, 8 Mac - Ketika kira-kira 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir dibawa pulang ke tanahair ekoran tunjuk perasaan anti Presiden Hosni Mubarak, seorang pelajar Kedah yang enggan pulang diserang penyakit angin ahmar di bilik sewanya di Mesir.

Pelajar berkenaan Mohd Najmudin Abdul Aziz, berasal dari Kampung Memali, Baling sedang dalam persediaaan mengambil Sarjana, Jabatan Mufti Universiti Zamalik, Kaherah.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Syeikh Mohd Yusoff Haji Ahmad berkata, ketika kejadian kebanyakan pelajar Malaysia sudah kembali ke tanahair dan beliau tinggal sendirian di bilik sewanya.

Menurutnya, tengah malam itu selepas menelaah pelajaran beliau menutup komputernya untuk masuk tidur tiba-tiba terjatuh dan separuh anggotanya tidak dapat bergerak. Bagaimanapun beliau berjaya menghubungi seorang rakan dengan telefon tangan dan rakannya datang membantu.


Dengan bantuan rakan berkenaan dan beberapa pegawai dari Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Mohd Najmudin dibawa ke hospital dan doktor pakar telah melakukan pembedahan segera.

Syeikh Mohd Yusoff memberitahu, kos pembedahan itu sebanyak LE30 ribu telah didahulukan oleh Ustaz Shaari Ishak seorang bekas pelajar yang kebetulan berada di Mesir.


Syeikh Mohd Yusoff  merayu orang ramai yang ingin membantu Mohd Najmudin, bolehlah memasukkan sumbangan melalui HSBC: 056-049992-025 atas nama Muhammad Aizuddin Abdul Aziz (pemegang amanah).


Tambahnya lagi, pelajar ini akan dibawa balik ke Kedah pada 14 Mac untuk rawatan lanjut di hospital di tanahair.

 

 

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 16 Mac 2011 21:42)

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment