Wednesday, March 16, 2011

RG09... Peniaga Penipu

 

Peniaga Penipu


Assalamualaikum WBT,

Dipasar.
"Dik, santan ni pati ke?"
"Yelah bang. Semuanya pati, takde campuran".

Dirumah.
"Bang, abang beli santan ni kat mana?"
"Kat pasar tani la".
"Patut la cair semacam je"
"Budak yang jual tu kata pati"
"Meh la tengok sini pati ke bukan".

Kenapa ye nak cari peniaga yang betul-betul jujur dalam perniagaannya amat susah. Masuk ni dah 3 kali saya terkena dengan peniaga yang menjual santan. Semuanya dengan peniaga sebangsa dengan saya dan sudah tentunya Islam.

Saya pun tak pasti kenapa susah betul mereka nak berlaku jujur dalam perniagaan. Dulu orang kata ada satu bangsa ni, kalau tak menipu dalam perniagaannya bukan dia la tu. Kini ia sudah terjadi pada bangsa saya sendiri. Namun begitu bukan semuanya, segelintir sahaja. Cuma nasihat saya bagi penduduk Dengkil dan sekitar, kalau ingin mendapatkan santan ada 2 tempat yang boleh dipercayai di Dengkil. Satu di pasar awam Dengkil (kedai yang jual kepala dan santan tu) dan satu lagi di pusat penjaja Taman Dengkil Jaya. Atau kalau susah sangat beli je kelapa parut dan perah sendiri santan tu. 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment