Wednesday, March 16, 2011

RG09... POLIS SALAH 'PARKING', TAPI SAYA KENA SAMAN?

POLIS SALAH 'PARKING', TAPI SAYA KENA SAMAN?



Wednesday, 16 March 2011 18:42


HALAL...Kenderaan Polis yang digunakan oleh anggota Trafik itu diHALALkan diletak di atas garisan kembar kuning di bahu jalan di kawasan bandar Fajar Tawau.

Saudara Pengarang,

KELIBAT tiga orang anggota Polis trafik wanita yang menyaman pemandu kenderaan awam di kawasan premis bangunan kompleks Fajar di bandar Tawau kelmarin (15 Mac 2011) bolehlah mendapat pujian; tetapi sedihnya didapati kenderaan Polis yang digunakan oleh anggota Polis itu pula diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya, iaitu di atas garisan kembar kuning di bahu jalan.

Kawasan Fajar itu diakui sentiasa sesak apabila hari bekerja (Isnin hingga Sabtu). Tiga anggota Polis itu dilihat memerhati pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar memberhentikan kenderaan dan serta-merta menyaman mereka di tepi jalanraya.

Saya tidak terkecuali daripada dikenakan saman kerana kesalahan 'tidak memakai tali pinggang keledar'.

Saya ke kawasan Fajar off Jalan Haji Karim yang menempatkan sebuah bank untuk membayar ansuran kereta pada pagi selasa, kira-kira jam 10 pagi.

Saya sememangnya pada mulanya dari rumah lagi memandu memakai tali pinggang keledar. Sampai di kawasan Fajar di bandar Tawau, kelihatan banyak kenderaan berbaris panjang, sesak jalan raya di sana. Mungkin pemandu mencari lot parkir yang masih kosong untuk meletak kenderaan. Namun, lot parkir penuh.

Apabila tiba di Jalan Haji Karim, kawasan di bandar Fajar itu, kelihatan tiga orang anggota Polis trafik wanita berdiri di tepi premis bangunan dan memerhati pemandu. Mereka dilihat menahan kenderaan dan menyaman pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika itu di situ.

Disebabkan beberapa kali berpusing (dalam lima hingga enam kali) mengelilingi kawasan Fajar untuk mencari lot parkir, saya kemudian membuka tali pinggang keledar kerana berasa 'rimas' dan tidak selesa dengan keadaan kesesakan lalulintas di sana.

Kali pertama saya terserempak dengan anggota Polis trafik di kawasan itu, saya masih memakai tali pinggang keledar dan kenderaan yang saya pandu tidak ditahan. Namun kali ke lima selepas berpusing beberapa kali sekitar bangunan Fajar untuk mencari lot parkir, saya kemudian ditahan oleh salah seorang anggota Polis berkenaan. Saman dikenakan.

Dalam masa sama, saya melihat kenderaan polis yang digunakan oleh anggota trafik itu diletak di bahu jalan atas garisan kuning berkembar. Bukankah kenderaan Polis itu jelas melanggar peraturan lalulintas kerana 'tersalah parking'?. Selepas memberi saman kepada saya, saya meneruskan pusingan sekitar bangunan Fajar itu untuk mencari lot parkir.

Apabila sampai semula di kawasan anggota trafik berkenaan membuat pemantauan dan berdiri di tepi bangunan di sana, saya sudah mendapati kelibat (anggota trafik) itu tidak ada dan kereta Polis yang 'tersalah parking' itu juga sudah beredar dari situ.

Persoalannya, jika pemandu kenderaan awam boleh disaman, mengapa kenderaan Polis sesuka hati diletak sembarangan dan bukan di lot parkir?

Bukankah tugas Polis adalah untuk mendidik pemandu kenderaan dan dalam masa sama menguatkuasakan undang-undang? Tetapi sedihnya, ada masih di kalangan penguatkuasa itu 'tidak tahu peraturan lalulintas' kerana meletak kenderaan di bahu jalan dan di atas garisan kuning berkembar (Lihat gambar di atas).

Semoga kesilapan anggota penguatkuasa ini tidak berulang kerana jangan sampai masyarakat/pengguna kenderaan lain berkata: "Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul"

Salam Hormat,

IBRAHIM TABIR

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment