Sunday, March 20, 2011

RG09... Re: satu hari.... satu cerita

 


Inilah akibat bila barang terlalu mahal.

Info yang beru aku dapat sebagai contoh... apapun maaf kerana  cuma ada satu info jer.. yang lain boleh tambah jika sesiapa yang mempunyai info tambahan

Printer Canon MP145 sewaktu aku beli dulu.. 2008 harganya RM169.00. Dapat berita rupanya harga bagi barangan yang sama di Indonesia adalah Rb. 165000 iaitu besamaan RM57.401 duit Malaysia.. jauh benar bezanya.

Harap member-member boleh buat perbandingan harga bagi barang lain.

Lantaran harga barang yang terlalu mahal membuatkan rakyat Malaysia yang bergaji RM3000 ke bawah berhadapan dengan situasi kkurang kuasa beli. Untuk menampung kekurangan maka terpaksalah berhutang. Tolak tepi orang yang berhutang kerana mengikut nafsu, bukan semua orang yang berhutang itu kerana mengikut nafsu.. ramai juga yangberhutang kerana sara hidup berkeluarga yang berterusan meningkat tahun demi tahun.


Kalau harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati janganlah meninggalkan HUTANG!

 

Mingguan Malaysia bertarikh 6 Jun 2010 ada menyiarkan berita bertajuk " Kakitangan awam terjebak ah long". Berita tersebut menarik perhatian saya oleh kerana dilaporkan bahawa kira-kira 2 hingga 3% daripada penjawat awam yang menetap di Putrajaya "terjebak" dengan ah long sehingga gaji bulanan mereka sering tidak mencukupi.

Difahamkan bahawa mereka yang terlibat itu adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan kumpulan sokongan yang didapati sanggup meminjam wang daripada ah long dengan alasan untuk membeli kereta baru atau untuk berjudi.

Jika mengambil kira bilangan kakitangan Kerajaan lain yang berhutang dengan syarikat-syarikat kad kredit atau membuat pinjaman dengan institusi kewangan atau kopeerasi, maka sudah tentu peratusan mereka yang terjebak dengan masalah hutang akan menjadi bertambah ramai.

Persoalannya sekarang ialah mengapakah penjawat awam tersebut sanggup berhutang dengan ah long semata-mata hanya untuk hidup bermewah-mewah atau akibat ketagihan judi? Adalah gaji yang mereka terima setiap bulan itu tidak mencukupi akibat kegawatan ekonomi sekarang atau mereka sememangnya bersikap boros dalam menguruskan kewangan peribadi mereka?

Tidakkah mereka sedar bahawa dengan meminjam wang daripada ah long atau peminjam wang yang lain, mereka terpaksa membayar bunga (interest)yang tinggi untuk tempoh masa yang lama walhal pinjaman pokok tidak akan berkurangan daripada amaun pinjaman asal? Ini melibatkan riba yang berlipat lagi ganda, yang amat ditegah oleh agama kita Islam.

Bayangkanlah apakah nasib yang akan menimpa ke atas isteri dan anak-anak mereka sekiranya sipeminjam meninggal dunia secara mengejut sedangkan hutang masih belum berbayar? Sekiranya si peminjam masih bujang, sudah tentu beban hutang tersebut akan terpaksa dipikul oleh ibu bapa mereka.

Pada dasarnya, umat Islam tidak digalakkan berhutang. Ini merujuk kepada sikap Rasulullah SAW yang keberatan melaksanakan solat jenazah ke atas mayat yang masih memiliki tanggungan hutang. Baginda pernah bersabda:

" Diampunkan bagi serang (yang mati) syahid semua dosanya kecuali hutang".

- Riwayat Muslim

Walau bagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang,khususnya dalam keadaan darurat dan teramat memerlukannya. Tetapi, perlu diingat disamping Islam memberi kelonggaran tersebut, setiap hutang itu WAJIB dijelaskan sebelum sesorang itu meninggal dunia. Ingatlah bahawa kewajiban membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Tuhan yang diriku ditanganNya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang,dia tetap tidak akan dapat masuk syurga selagi hutang tersebut belum dijelaskan (oleh saudara-maranya)."

- Riwayat An-Nasa'i

Kepada mereka yang terjebak dengan kemelut hutang, sama ada dengan ah long, ceti atau pun institusi kewangan yang lain, saya ingin mengingatkan diri saya dan kawan-kawan lain agar SEGERA mengambil tindakan untuk menjelaskan hutang-hutang agar beban hutang tersebut tidak ditanggung oleh waris-waris apabila ditakdirkan kita meninggal dunia sedangkan hutang masih belum habis dibayar.

Akhir sekali, terdapat syarikat takaful yang menyediakan pelbagai pakej bertujuan membantu para pelanggannya menyelesaikan hutang-hutang melalui pembayaran

 

*setiap orang yg belajar hingga ke IPTA selalunya ambil pinjaman PTPTN. Mcm mana kalau meninggal awal, hutang tak selesai lagi… Fikirkanlah…

 

PERUNDING TAKAFUL ANDA

MEOR AHMAD EFFENDI

MANAGING CONSULTANT

012-576








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment