Tuesday, March 15, 2011

RG09... RENUNGAN: TSUNAMI AMARAN TUHAN

 

     Tuhan telah mencipta mahkluk termasuk alam, manusia dan lain lain berserta katalog [ "instruction manual way of life"] tentang cara untuk hidup yaitu Al Quran dan As Sunnah.Maka amatlah bahaya jika manusia tidak mengenali dan faham katalog ini dan cuba mengendali kehidupannya cara sendiri mengikut logik akal semata mata.Kalau tidak ikut arahan yang telah di tetapkan dalam katalog tersebut huru hara, lintang pukang, kelam kabut, porak peranda, punah ranah, rosak binasalah dunia ini.


Malangnya manusia sudah lupa daratan.Sudah jadi bongkak dan sombong.Justeru di bakul sampahkan katalog tersebut.Dia mahu tunjuk otaknya lebih hebat dan boleh mengatasi Tuhan.Tuhan terus di lupakan dan seolah olah Tuhan tiada berperanan di dunia ini lagi.Semua ingin dibolot oleh manusia.Lalu mencipta ideologi ideologi  saperti nasionalisme,demokrasi, zionisme,komunisme,capitalisme,sosialisme,liberalisme, atheis dan sekarang muncul ideologi pluralisme dan bermacam macam lagi ideologi yang tidak di tunjuk oleh Tuhan.Dewasa ini hampir seluruh dunia bertuhankan sistem demokrasi, termasuk sistem demokrasi pilhanraya yang di amalkan hampir keseluruhan umat Islam di dunia.Tunjuk ajar cara hidup atau "way of life' dari Al Quran dan Sunnah di pinggirkan oleh umat Islam sendiri apatah lagi yang bukan Islam.


Beginilah keadaan umat Islam dan manusia sekarang.Maka adil lah Allah turunkan bencana tsunami.Ini mungkin pakej lengkap dari Tuhan [sebelum muncul pakej yang lebih lengkap yaitu kiamat] untuk mengajar manusia dan memperkenalkan semula manusia kepada Tuhannya.Agar bencana tsunami memberi pengajaran kepada semua manusia supaya sedar dan insaf betapa kerdilnya mereka apabila berhadapan dengan nya.Manusia dari zaman dahulu hingga zaman ini dan betapa maju tamaddun dan teknologi mereka sekali pun tidak akan mampu menghalang kehendak Tuhan.


Sebagai umat Islam kita seharusnya jangan tidak mahu sedar dan insaf dan jangan pura pura tidak mahu faham akan maksud Allah.


Antara yang tersirat melalui kejadian banjir besar di California dan Australia, gempa dan tsunami di Aceh dan Jepun dan di lain lain negara ialah:


  1. Kepada orang Islam yang bertaqwa, Tuhan mahu tinggikan darjatnya.
  2. Kepada orang soleh adalah penghapus dosa
  3. Kepada orang orang yang degil dan menolak Tuhan dan sistemNya [walaupun dia Islam] adalah sebagai hukuman buat mereka.
  4. Kepada orang kafir adalah kutukan Allah.

"Dan Kami menolongnya daripada angkara kaum yang mendustakan ayat ayat Kami.Sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat, lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dalam banjir yang besar)". Maksud Quran Surah Al Anbiya' ayat 77.


"Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri pun melainkan sesudah ada baginya orang orang memberi peringatan untuk menjadi peringatan dan Kami sekali kali tidak berlaku zalim." Maksud Al Quran Surah Asy Syura' ayat 208-209.


Wallahu'alam.


===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment