Wednesday, March 16, 2011

RG09... Senang sahaja nak belajar bahasa Inggeris ni...

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Respeks


Kekadang kita sering bertanya, susah sangatke nak jadi mahir dalam bahasa Inggeris?


Susah sangat kah nak jadi fasih dalam bahasa Inggeris?


Susah sangat kah nak buat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris?


Sudahke nak belajar kerana aku dah belajar bertahun-tahun BI ni masih kurang fasih?


Sudah ke nak mahir dalam BI ni sedangkan umur aku dah 20an, 30an, 40an dan 50an ni?


Kalau anda tanya soalan ini kepada saya, jawapannya TIDAK SUSAH! 


Kenapa tidak?


Kalau jawapannya SENANG kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang tidak mahir

dalam bahasa Inggeris?


Kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang sukar untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris?


Kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang sekadar boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan bahasa pasar sahaja?


Kalau anda tanya soalan ini kepada saya sekali lagi, jawapannya ialah ramai yang masih lemah dalam TATABAHASA bahasa Inggeris atau English Grammar.


Hakikatnya, Grammar tidak ditekankan di sekolah rendah, tidak ditekankan di sekolah menengah dan tidak ditekankan di kolej-kolej dan universiti.


Ya, memang ada di ajar tetapi tidak DITEKAN kan aspek grammar ini. Apa yang lebih ditekankan ialah functional English di mana pelajar-pelajar lebih disuruh membuat karangan dan bercakap dalam bahasa Inggeris dan akibatnya ramai orang Malaysia yang tidak berkemampuan membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.


Dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris dan Intermediate Grammar yang saya jalankan sekarang ini di Sunway dan Putrajaya saya memang tekankan aspek tatabahasa atau grammar bahasa Inggeris.


Sememangnya ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang kursus penulisan dan juga kursus perbualan bahasa Inggeris kerana mereka menyangkakan lebih cepat untuk mereka mahir jika mereka terus menghadiri kursus-kursus sebegini.


Hakikatnya saya lebih suka menjalankan kursus-kursus tatabahasa kerana masih ramai yang masih lemah dalam bahasa Inggeris dari segi aspek tatabahasa.


TIADA JALAN SINGKAT.


Itulah hakikatnya jika anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris. BERITA BURUKNYA ialah anda perlu kuasai aspek Grammar jika nak mahir dalam bahasa Inggeris.


TETAPI, ada berita baiknya pula. Apa dia? Berita baiknya ialah:-


1. Banyak aspek grammar bahasa Inggeris sebenarnya mirip tatabahasa bahasa Melayu.


Dalam BM dan BI anda perlu tahu Kata Nama, Kata Ganti Nama, Adjektif, Adverba, Kata Sendi dan sebagainya. Ini bermakna taklah susah sangat anda nak faham tatabahasa English ni.Anda sebenarnya sudah faham konsep-konsep dalam mempelajari bahasa ini, tetapi yang anda mahir sekarang ini ialah penggunaan konsep-konsep ini dalam bahasa Melayu. Sekarang ini anda cuma belajarlah pulak konsep-konsep tatabahasa ini dalam bahasa Inggeris pula.


2. Cara paling cepat nak mahir dalam bahasa Inggeris ialah dengan menguasai Grammar bahasa Inggeris.


Anda tidak perlu membaca buku-buku bahasa Inggeris banyak2 tapi kalau boleh ingat peraturan dan hukum dalma Grammar bahasa Inggeris secara otomatik bahasa Inggeris anda boleh menjadi sempurna! Anda tidak boleh lagi berfikir dalam bahasa Melayu dan menggunakan konsep tatabahasa bahasa Melayu dalam komunikasi bahasa Inggeris anda. Mengetahui Grammar membolehkan anda berfikir dalam bahasa Inggeris.


3. Grammar English ni taklah sesukar grammar sesetengah bahasa seperti bahasa Perancis dan sesetengah bahasa lain.


Bahasa Perancis lebih sukar untuk dikuasai sehingga orang Perancis pun kata bahasa mereka itu susah! Ada lagi bahasa asing yang lebih sukar untuk anda kuasai seperti Mandarin yang agak sukar untuk dikuasai terutamanya dari segi penulisan kerana bahasa Mandarin tidak menggunakan abjad A sehingga Z tetapi menggunakan character yang berasal dari lukisan untuk menggambarkan perkataan-perkataan dalam Mandarin itu.


 4. Dengan memahami Grammar anda boleh gunakan kamus sahaja selepas tamat kursus BI saya tu sebagai rujukan yang cepat dan tepat tanpa memerlukan pertolongan seorang guru lagi!


Itulah sebabnya saya ajar pelajar-pelajar saya cdara-cara menggunakan kamus Oxford English-English-Malay secara efektif untuk membantu pelajar-pelajar saya berdikari selepas tamat kursus. Tak ramai dari kita menggunakan kamus dengan menyeluruh walaupun memiliki kamus yang komprehensif dan tebal sedangkan kamus-kamus ini boleh menjadi guru bahasa Inggeris anda yang baik jika anda tahu menggunakannya dan tahu aspek-aspek tatabahasa yang ditekankan dalam kamus itu.

BAGAIMANAPUN, perlu anda ingat dan sedar bahawa dari segi Grammar, ada sedikit perbezaan antara Grammar BM dengan BI iaitu:-


 1. Bukan semua tatabahasa BM yang sama atau mirip dengan Grammar BI.


Ini bermakna anda perlu tahu perbezaan mereka agar tidak menggunakan tatabahasa BM dalam komunikasi bahasa Inggeris anda. Bagaimanapun konsep tatabahasa BI tidak banyak berbeza dari konsep tatabahasa BM dan ini memudahkan anda.


2. Ada konsep-konsep Grammar dalam BI yang tidak wujud lansung dalam bahasa Melayu seperti penggunaan Verb TO BE seperti am,is,are,was dan were. 


Bagaimanapun tak lah susah sangat konsep ini dan anda cuma kena ingat sahaja bila nak diselitkan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris anda itu sahaja.Apa yang penting ialah anda perlu ingat Teknik Semakan 3W's yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu ingat When, What dan Who.


Sekian sahaja artikel saya buat masa ini.


Kepada yang nak belajar BI secara sendiri boleh dapatkan Manual Lengkap Bahasa Inggeris saya pada harga RM190 sahaja. Kalau nak belajar secara Online, yuran cuma tambah RM150 sahaja lagi. Kalau nak sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya, ianya akan bermula 10hb April ini di Sunway dan 9hb April di Precint 16, Putrajaya. Diskaun khas untuk lepasan SPM 2010 dan pelajar-pelajar yang akan mengambil MUET. Tempat amat terhad!


Cikgu Yusoff
019-3090711

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment