Thursday, March 3, 2011

RG09... Subsidi elektrik RM12j sebulan.

 

Subsidi elektrik RM12j sebulan

PASIR PUTEH 3 Mac - Kerajaan Pusat membelanjakan kira-kira RM12 juta sebulan untuk subsidi elektrik kepada lebih sejuta rakyat miskin di seluruh negara.

Pemberian subsidi itu bagi menampung bil bulanan mereka yang tidak melebihi RM20 dan ia dibayar terus kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar Kanan TNB, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, kumpulan sasaran yang menerima subsidi itu adalah sebahagian daripada 7.4 juta pengguna elektrik dari kawasan luar bandar di seluruh negara termasuk di negeri ini.

Beliau berkata, penghargaan perlu diberikan kepada pucuk pimpinan negara yang prihatin dalam membela nasib rakyat sehingga caj penggunaan elektrik di kalangan rakyat miskin terus dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ramai yang tidak menyedari pembelaan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang dibuat secara telus, adil dan tiada diskriminasi," katanya kepada pemberita pada program bersama pemimpin komuniti di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini hari ini.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment