Sunday, April 24, 2011

Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

Skrg saya pakai unifi... utk home customer ada skali dengan channel tv (IPTV).. takat nak tgk channel yg basic, tak yah tambah channel.. 3 dlm satu.. Internet hi-speed broadband, Hypp TV & call free (fixed line).. nak call org tua kat kampung pun bleh sembang lama2... dlm perancangan utk tendang piring astro.. hehe



From: Razak <raz_sueries@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, April 24, 2011 2:48:42 PM
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 


aku pun dah termnate astro nih...boring asyik citer yg sama.Sikit2 iklan...last-last apa lg aku call nak terminate...puas hati...padan ko astro....

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 24 April 2011 9:29:17
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

Alhamdulillah aku sehingga hari ni belum menjadi pelanggan astro lagi... walapun aku minta ngan bola, kalau ada bola aku pi restoran jer tengok ramai-ramai ngan member lagi seronok daripada tengok seorang-seorang kat rumah.. hehehheeee..lagi pun bola ni hanya boleh tengok pada hujung minggu jer.. kalau hari bekerja aku tak layan ler..


From: "shahir74@yahoo.com" <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 23 April 2011 22:21:09
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

Apa lagi... Jom buat kempen buang Astro... Hehehe...sanggup ke?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "zamriN" <zamrinawi@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 23 Apr 2011 13:27:24 +0000
To: Respeks Groups<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

Pada pandangan saya, tak perlu guna ASTRO lagi baik, makin lama makin mahal, 100 ++ bayar tiap2 bulan kira membazir tu, insuran pun tak bayar byk tu tiap2 bulan.


Sent from my BlackBerry®


From: arbai alias <arbai02@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 23 Apr 2011 00:12:01 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: miera_watie@yahoo.com<miera_watie@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

Assalamualaikum. Pe habak? Puan dok kat mana?

Beli antena yang besar ada jual kat kedai elect. atau gi je jalan pasar bayak ada.

Membazir je pakai astro. lebih baik duit tu sedekah kat rumah anak yatim atau pusat tahfiz.

Bayak pahala dapat

Wassalam


From: miera _watie <miera_watie@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, April 22, 2011 10:15 PM
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 
klu xnk pakai astro pun tp kat kl ni klu x pakai astro jwbnyer tgk screen jerlaa..fed up n menyampah ngan astro ni dahla asyik ulang cerita same jer..

snow

--- On Fri, 4/22/11, PieLan <phoqlae09@yahoo.com> wrote:

From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, April 22, 2011, 4:26 AM

 

tengok tv percuma sudah lah...
tu pun dah x larat nak tgk..



From: "millionairesoon@yahoo.com" <millionairesoon@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Friday, April 22, 2011 4:04 PM
Subject: Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 
Saya sendiri pon dgn berat hati menelefon Astro utk mengurangkan pakej yg dilanggan..bukan tak mampu membayar bil nya tp MENYAMPAH dan BOSAN dgn cite yg disiarkan. Salah satu faktor nya mcm saranan kerajaan di bwh tu. Cite kat HBO , Movie byk ditayang yg boleh kata tahun 70an-80an-gambar hitam putih dan tahun 80an dan awal 90an......cite tu dh membosankan bagi saya so sy pon potong pakej langganan...suits Astro face...and suit my face too..huhuu.
SARANAN....marilah kita sama2 mengurangkan pakej langganan Astro yg dirasakan tidak berfaedah, membosankan dan jarang tonton...
Lamar

From: irwandi ibrahim <rahultina@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 22 Apr 2011 00:04:05 -0700 (PDT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>; <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

ASTRO diminta kurangkan iklan 


2011/04/22

KUALA LUMPUR: ASTRO dicadangkan supaya mengurangkan penyiaran iklan dalam setiap rancangan disiarkan secara berperingkat bagi memastikan pelanggan yang membayar bagi perkhidmatan mereka mendapat hak sepatutnya. 

Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, berkata pelanggan terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi, tetapi tidak mendapat keistimewaan sepatutnya kerana ia turut mengandungi iklan yang mengganggu rancangan.

Sebagai stesen televisyen berbayar yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan, katanya, ASTRO mengutip sebanyak RM2.7 bilion hasil pengiklanan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka mencecah RM3 bilion tahun ini."Pelanggan melanggan perkhidmatan dengan membuat bayaran bulanan kepada ASTRO, namun dengan jumlah iklan dilihat keterlaluan, ia membuatkan pengguna tidak selesa. 

"Jadi, selama mana kita boleh membenarkan televisyen berbayar terus menyiarkan iklan, sedangkan kita bukan membayar untuk menonton iklan," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam. 

Justeru, Mohammed Najeeb berkata, perkara itu memerlukan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan ia perlu diperbetulkan sama ada dikurangkan secara berperingkat atau mencari alternatif lain bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka bayar. 

Katanya, apa yang menjadi isu adalah pengguna mempunyai dua pilihan iaitu untuk menikmati siaran percuma melalui operator televisyen sedia ada atau mendapatkan perkhidmatan televisyen berbayar yang sudah tentu menjanjikan kualiti dari segi program yang ditayangkan. 
"Televisyen percuma bergantung kepada iklan bagi menjana pendapatan, tetapi jika pengguna televisyen berbayar juga perlu membayar bagi menonton iklan disiarkan, akhirnya pengguna akan mendapat program yang tidak berkualiti," katanya. 






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment