Friday, April 22, 2011

Re: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

lepas ni jangan lak ada menteri yang suruh potong je astro kalo x puas hati macam menteri sebelum ni(lupa dah nama menteri nih)...adehh... adaka patut menteri cakap camtu.sepatutnya dia tolong selesaikan masalah... nak buat camne, tempat aku kat Labuan ni mmg x dapat siaran tv free.. kalo dapat pun channel brunei.. kalaulah sini boleh pakai parabola macam kat sarawak tu, jangan harapla aku nak melanggan ASTRO nih....
 
JO 9 D



From: irwandi ibrahim <rahultina@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Fri, April 22, 2011 3:04:05 PM
Subject: RG09... ASTRO diminta kurangkan iklan (APA PENDAPAT KORANG?

 

ASTRO diminta kurangkan iklan 


2011/04/22

KUALA LUMPUR: ASTRO dicadangkan supaya mengurangkan penyiaran iklan dalam setiap rancangan disiarkan secara berperingkat bagi memastikan pelanggan yang membayar bagi perkhidmatan mereka mendapat hak sepatutnya. 

Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, berkata pelanggan terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi, tetapi tidak mendapat keistimewaan sepatutnya kerana ia turut mengandungi iklan yang mengganggu rancangan.

Sebagai stesen televisyen berbayar yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan, katanya, ASTRO mengutip sebanyak RM2.7 bilion hasil pengiklanan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka mencecah RM3 bilion tahun ini.
"Pelanggan melanggan perkhidmatan dengan membuat bayaran bulanan kepada ASTRO, namun dengan jumlah iklan dilihat keterlaluan, ia membuatkan pengguna tidak selesa. 

"Jadi, selama mana kita boleh membenarkan televisyen berbayar terus menyiarkan iklan, sedangkan kita bukan membayar untuk menonton iklan," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam. 

Justeru, Mohammed Najeeb berkata, perkara itu memerlukan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan ia perlu diperbetulkan sama ada dikurangkan secara berperingkat atau mencari alternatif lain bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka bayar. 

Katanya, apa yang menjadi isu adalah pengguna mempunyai dua pilihan iaitu untuk menikmati siaran percuma melalui operator televisyen sedia ada atau mendapatkan perkhidmatan televisyen berbayar yang sudah tentu menjanjikan kualiti dari segi program yang ditayangkan. 
"Televisyen percuma bergantung kepada iklan bagi menjana pendapatan, tetapi jika pengguna televisyen berbayar juga perlu membayar bagi menonton iklan disiarkan, akhirnya pengguna akan mendapat program yang tidak berkualiti," katanya. 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment