Friday, April 15, 2011

Re: RG09... GERAKAN MUSLIMIN PERLU BERHATI HATI DALAM BERKERJASAMA DGN GERAKAN NON MUSLIM

 

Tafsiran ayat ini memerlukan penjelasan ilmiah yang mendalam.. disebut orang Yahudi, Nasrani dan MUNAFIK.. saya difahamkan orang MUNAFIK itu adakalanya orang ISLAM itu sendiri yang secara sembunyi atau terang tidak beriman kepada Al-Quran seperti mana dijelaskan dalam ayat seterusnya... apapun harap ada dikalangan ahli group yang lebih arif dapat mengupas dan menjelaskan makna tersirat dari ayat ini. Mungkin boleh kita ajukan kepada Ustaz Aziz Hassan...


From: amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
To: perisikrakyat@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; relexjap@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; sedarlah@yahoogroups.com
Sent: Friday, 15 April 2011 19:16:22
Subject: RG09... GERAKAN MUSLIMIN PERLU BERHATI HATI DALAM BERKERJASAMA DGN GERAKAN NON MUSLIM

 

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).

"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".

 

[ Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]



"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka (orang musyrikin) sedangkan mereka tidak suka kepada kamu - "Maksud Al Quran"

 

PERNAH terjadi dalam sejarah umat Islam berkerjasama tetapi di tipu dan di rugikan oleh kaum musyrik dan munafiq .Walhal sebelum itu puak Muslim sudah pernah lihat dan dengar tentang kejahatan (anti Islam) gerakan non Muslim diwaktu belum  mereka berkawan dengan mereka lagi.


Terkini kita lihat bagaimana Hosni Mubarak, Mesir, di permainkan oleh kawannya Amerika.Dia berkerjasama dengan Amerika sanggup membelakangkan  OIC,  rakan rakan negara Islam lain dan rakyatnya sendiri  untuk melindungi Israel.Kesudahannya  dunia Islam dapat melihat apa sudah jadi kepada nya.Kebanggaan dan kesombongnya kerana dapat berkawan baik dengan Amerika musnah apabila di tikam dari belakang  oleh si musyrik laknat tu.Kenapa kawan tidak membantu kawan? Ini lah sifat orang musyrik yang jiwa mereka sampai bila bila tidak akan berkompromi dengan Islam!


Sejarah juga telah memaparkan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar kerana bencikan khalifahnya sendiri.Atas kerjasama itu Wazir tersebut telah membuka rahsia rahsia kelemahan kerajaan nya sendiri kepada bangsa Tartar.


Sejarah Nusantara sendiri juga ada memaparkan bagaimana di Indonesia ada gerakan Muslim sudi bekerjasama dengan gerakan komunis kerana bencinya kepada pemerintah (orang Islam) dan mahu berebut kuasa dari mereka.Tetapi akhirnya gerakan mereka (bersama gerakan komunis) tumpas di ganyang oleh rakyat .


Di Malaysia sedang berlaku kerjasama seumpama ini.Satu gerakan Muslim (Umno) berkerjasama dengan gerakan non Muslim (MCA,MIC,Gerakan dan lain lain) atas matlamat mahu mempertahankan kuasa yang ada.Dan lagi satu gerakan Muslim (PAS) berkerjasama dengan gerakan non Muslim yang lain (DAP dan PKR) atas matlamat  mahu jatuhkan Umno agar dapat kuasa untuk memerintah negara.Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari gerakan non muslim atas matlamat yang sama, yaitu, untuk menjatuhkan di antara satu sama lain.Bererti gerakan muslim yang satu mahu bunuh gerakan muslim yang lagi satu.Siapa yang akan untung akhirnya nanti? Anda kena tanya hati anda.


 Di pihak PAS awal awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama PAS-DAP-PKR tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat ( hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan. 


Apa bila di tanya kepada mereka mengapa tagihkan kerjasama dengan gerakan non Muslim? Mengapa tidak berjuang secara solo saperti dulu.Kata mereka ini strategi politik.Mereka memberi alasan bahawa Rasulullah sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.Untuk menunjukkan tindakkan mereka  itu betul mereka turunkan fakta fakta sejarah Rasul.Tetapi mereka hanya tunjukkan fakta fakta yang berpihak kepada tindakkan mereka sahaja.Mereka menyembunyikan beberapa fakta fakta yang mengkisahkan bahawa Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah (dalam berkerjasama) pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sebagai contoh.Walaupun kerjasama Islam/Yahudi di ikat dengan Dustar al Madina atau Perjanjian Madinah atau Piagam Madinah, namun Rasullullah telah di permainkan oleh puak Yahudi.Kaum Muslim yang jujur dengan perjanjian itu sebaliknya di perkotak katik kan.Ada kisah menceritakan bahawa oleh kerana kesempitan ekonomi umat Islam ketika itu, Rasulullah terpaksa meminjam wang dari kaum Yahudi.Tetapi setelah memberi pinjaman mereka mendesak Rasulullah supaya membayar sebelum cukup tempoh untuk membayarnya.Tersebut di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran jirannya orang Yahudi.Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani .Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam.Rupa rupanya  mereka tikam dari belakang, dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam memerangi Rasulullah SAW.Jelas ini sifat kaum musyrikin yang memang tidak boleh di percayai!


Merujuk kepada Kitab Tafsir Al Azhar oleh Prof Dr Hamka tentang ayat 118 hingga 120 Surah Ali Imran,  kesimpulannya adalah besar  bahaya dan tinggi risiko bagi umat Islam berkawan  rapat dengan kaum musyrikin apabila ianya melibatkan agama.Dalam surah ini Allah mengingatkan orang mukmin menggunakan akal supaya dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.Dan Allah berpesan lagi bahawa orang mukmin itu jujur tetapi jangan di biarkan golongan munafiq dan musyrikin mengambil kesempatan atas kejujuran ini untuk mereka memasukkan jarum.


DOA UNTUK PEJUANG AGAMA


Ya Allah! ya Tuhan kami,

Tolonglah tentera tentera Muslimin dan askar askar yang mengesakan Mu

dan binasakan orang orang kafir dan orang orang degil dan pembawa pembawa bidaah

dan orang orang yang menyengutukan Mu

dan hancurkan lah musuh musuh mu, musuh musuh agama Islam dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian alam.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaan Mu, i


Ya Allah ya Tuhan kami,

Tolonglah kami mengatasi kaum kafir

Ya Allah, ampunkanlah kami dari dosa dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam.



   

Wallahu'alam


Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment