Saturday, April 23, 2011

Re: RG09... Kepentingan Memuliakan Alim Ulama

 

Salam,
Rasulullah SAW bersabda: 
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata 
yang baik atau diam . "
(HR. Bukhari Muslim)

Semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah 
di luar sana. Amin.


2011/4/24 zamriN <zamrinawi@yahoo.com>
 

Apa ni bang Izwanum, Pertanyaaan persendaan? !!.


Sent from my BlackBerry®


From: izwanum abdulwahid <pedu_00@yahoo.com>
Date: Sat, 23 Apr 2011 07:05:59 -0700 (PDT)
Subject: Re: RG09... Kepentingan Memuliakan Alim Ulama

 

boleh jadi ke, kita telah kafir
kerana makan nasi yang juga makanan orang hindu dan buddha
juga pakai kain pelikat kerana asalnya budaya orang hindu
juga naik kereta yang dulu Nabi SAW naik unta
juga pakai senapang, tidak pakai panah

apa hukumnya ke atas Muslim di Xian, Beijing, Shanghai dan Shenzen yang makan pakai sepit
yang terbaru tarian poco-poco dibenarkan, ini bukan sunnah Nabi

Harap ada rakan-rakan yang boleh memberi bimbingan dan pedoman




From: DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sat, April 23, 2011 3:55:33 PM
Subject: Re: RG09... Kepentingan Memuliakan Alim Ulama

 

Ada dalil atau tidak ada dalil, Adakah mengikut Kafir, Mushrik , Nasrani , Yahudi atau Majusi itu lebih afdaal dan di redhai Allah SWT Daripada Mengikut Sunnah-Sunnah Nabi SAW.

Mereka yang meringkan Sunnah - Sunnah Nabi SAW ada cukup bukti mereka itu mencintai adan,adat,culture, pemikiran,sunnah,hukum orang kafir dan barat dan seharus berada dalam golongan yang mereka Menyerupai.Yang elok adalah tukar pakaian, tukar cara, tukar segala watak hidup dan sekali gus tukar nama kepada nama2 yang menyerupai mereka.[ Petikan dari Syeikhul Abdul Fatah Al Humrayi, Lebnon].
Dan kemudian jawap soal dalam kubur Ikutan aku adalah Kafir, musrikh,nasrani.
Sesiapa yang memperkecilkan Sunnah2 Nabi SAW , mereka adalah dari golongan orang munafik dan akan di golongan dalam barisan para munafikin di padang Ma'shyaar.[ sheikul arifeen wal mujtahideen Hamdan al othaibah].

2011/4/23 suhaimi othman <suhaimo@gmail.com>
 

Salam Sahabat,
 
Sekadar untuk renungan, harap dinilai dari segi penulisannya yang bersandarkan pengetahuan ilmu yang mana kita ketahui Islam itu amat luas untuk manusia diserata dunia, kekadang tu terlintas juga di fikiran agaknya Islam tu berasal dari Malaysia kot!!! yang mana pasti akan ditolak jika ianya tidak sealiran dengan kebiasaan walaupun berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Fikirkanlah dengan matang bukan dengan nafsu. Sekian.
 

MAKSUD HADIS 'SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM..'
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

 

Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka". Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka". Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

 

Nurdin, Pasir Tumbuh, Kelantan.

 

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

 

1. Hadis "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin 'Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-'Asqalani (w. 852H) menyatakan ia 'hasan' dan demikian juga al-Albani.

2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son'ani (w. 1182H):

"Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid'ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)". (al-Son'ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.


Gambar contoh pakaian khusus bagi agama tertentu.

5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.

6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

7. Dalam hadis "Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya" (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):

"Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri" (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:

"Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.

9. Berdasarkan hadis "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:

"Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut" (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-'Ilmiyyah).

Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.

10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.

11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim

2011/4/22 DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com>
 

Pendapat kartina amat tidak berakhlak dan menghina sunnah Nabi SAW dan para-para sahabat.
Berserban adalah Sunnah Mulia Nabi SAW - Berketayap juga Sunnah Amalan Mulia Nabi SAW- Berjubah juga adalah Sunnah Mulia Nabi SAW- Segala Amalan Nabi SAW walaupun sekecil melangkah dengan Kaki Kanan ke dalam Masjid adalah semuanya ILHAM dari Allah SWT dan bukan di cipta mengikut kehendak Nabi SAW.
Sesiapa yang Menghina Sunnah Nabi Mulia SAW telah meghina Nabi SAW dan sesiapa pun sahaja yang Menghina Nabi SAW , walaupun dia seorang Alim Setinggih Langit Amalan dan Ilmunya telah sesungguhnya Menghina Allah SWT Yang Maha Mulia.Bahaya Aqeedah dan kedudukan Iman.
Yang berpakaian selain dari pada Sunnah Nabi SAW adalah mengikut Orang Nasrani dan Orang Mushrik dan kata Nabi SAW - mereka yang mencontohi nasrani dan Mushrik adalah dari mereka, jangan heran esok kita di bawah payung orang kafir dan Nasrani.
WaAllahu A'alam.


2011/4/22 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 

Saya amat setuju dengan penulis. Masalahnya masyarakat kita sering memandang kepada zahir. Kalau seseorang bersarban dan ketayap pandai bercakap soal agama, mereka mudah digelar ulama walau ilmu tak seberapa. Tetapi kalau seseorang itu mempunyai ilmu agama yang tinggi pun, tetapi kalau berpakaian ala barat (kot dan bertali leher), masyarakat agak ragu2 memanggil mereka sebagai ulama.

Orang yang bersarban dan ketayap lebih mudah dipercayai berbanding dengan yang berkot dan tali leher. Apa lagi kalau siap dengan berjubah.



2011/4/22 Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
 

Kepentingan Memuliakan Alim Ulama (1)

Assalamualaikum WBT,

Pada zaman ini, buruk sangka terhadap ulama, sifat tidak peduli malahan menentang dan menghina mereka telah menjadi perkara yang biasa bagi sesetengah pihak. Perkara ini adalah sangat berbahaya menurut pandangan Islam itu sendiri. Memang tidak dinafikan dalam setiap kumpulan orang yang baik, wujud juga orang yang jahat. Begitu juga dikalangan alim ulama.Dalam hal ini dua perkara perlu diberi perhatian.

Pertama
Selagi tidak dapat dipastikan seseorang itu tergolong dikalangan ulama yang jahat, janganlah kita sesekali melemparkan sebarang tuduhan keatasnya. Sekiranya kita menolak nasihat seseorang alim ulama tanpa penelitian terlebih dahulu semata-mata kerana perasaan sangka buruk bahawa dia adalah ulama yang jahat, maka kita telah melakukan kesalahan yang lebih besar lagi.

Rasulullah SAW begitu berhati-hati dalam perkara ini sehingga apabila orang Yahudi menterjemahkan kitab Taurat ke dalam bahasa Arab dan membacakannya kepada para sahabat r.hum, Baginda SAW telah bersabda"Kamu janganlah membenarkan kata-kata mereka dan jangan kamu mendustakannya, katakanlah sahaja - Kami beriman dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT turun" (Hadis riwayat Bukhari)

Melalui hadis ini Nabi SAW telah melarang kita daripada membenarkan dan mendustakan terjemahan orang kafir itu tanpa penelitian terlebih dahulu. Sebaliknya keadaan yang berlaku dikalangan kita pada hari ini ialah, apabila ada orang mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita terus menyerang keperibadiannya, dengan tujuan supaya pendapatnya dipandang ringan walaupun dia daripada kalangan ahli haq yang sebenarnya.

Perkara kedua bersambung disini
 
 





--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 






--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 





--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment