Saturday, April 23, 2011

Re: RG09... Kepentingan Memuliakan Alim Ulama

 

Maaf,siapa sahaja yang mengikuti sunnah dalam pakaian dan berserban,berketayap mereka telah sekurang-kurangnya menerimah pakai Sunnah Nabi Mulia SAW lebih baik ari mereka yang mencontohi orang2 kafir,mushrikh.

Sekarang , soalan kedua akhlak dan beradab dan bermualaah juga wajib mengikuti Sunnah dan ajaran2 Nabi SAW.
Pakaian dan lain2 lagi tidak melambangkan ILMU dan Hikmah tetapi melambangkan Sunnah dan Ikutan nabi Mulia SAW.ILMU dan Ke arifan tidak ada kaitan langsung dengan Pakaian.Yang lain ana tak nak komen.Jika niat puan baik, kita serah pada Allah SWT.Tapi galakan dan terimah pakai segala Sunnah2 Nabi Mulia SAW.
Wasalam

2011/4/23 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Saudara Drismail. Saudara silap. Saya tidak sekali2 menghina orang bersarban, berketayap atau berjubah. Baca betul2 tulisan saya dan fahamkan. Saya bercakap mengenai masyarakat kita tidak kenal ulama, asalkan berpakaian sedemikian mereka dianggap ulama, sedangkan belum tahu si pemakainya benar2 berilmu tahap ulama. Saya sama sekali tidak mempersoalkan hukum hakam mengenai pakaian itu.

Kat negara kita ada yang baru belajar agama dan berdakwah. Kebanyakan mereka bersarban mengalahkan imam ghazali saiznya. Dengan penampilan sedemikian seolah2 mereka ulama besar, padahal sebaliknya. Baguslah mereka berpakaian begitu, ikut sunnah. Tetapi kelakuan, adab dan disiplin tidak menunjukkan mereka faham Islam.

Kalau ke mekah atau madinah kita lihat ramai orang berjubah dan bertudung macam yasser arafat. Kita menyangka mereka semuanya faham agama. Yang membawa teksi, van dan bas kita rasa macam baik saja dan selamat bila berada di dalam bas yang diandu oleh orang2 ini. Tetapi silap, perangai orang berjubah dan bertudung ini rupa2nya sama dengan pemandu kat negara kita, bahkan lebih buruk lagi. Saya pernah jumpa mereka yang bergaduh, bercakap menengking. Pakaian bukan menggambarkan akhlak dan sikap sebenar sahsiah yang ada di bawah pakaian yang cantik dan indah mengikut sunnah itu.


2011/4/22 DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com>
Pendapat kartina amat tidak berakhlak dan menghina sunnah Nabi SAW dan para-para sahabat.
Berserban adalah Sunnah Mulia Nabi SAW - Berketayap juga Sunnah Amalan Mulia Nabi SAW- Berjubah juga adalah Sunnah Mulia Nabi SAW- Segala Amalan Nabi SAW walaupun sekecil melangkah dengan Kaki Kanan ke dalam Masjid adalah semuanya ILHAM dari Allah SWT dan bukan di cipta mengikut kehendak Nabi SAW.
Sesiapa yang Menghina Sunnah Nabi Mulia SAW telah meghina Nabi SAW dan sesiapa pun sahaja yang Menghina Nabi SAW , walaupun dia seorang Alim Setinggih Langit Amalan dan Ilmunya telah sesungguhnya Menghina Allah SWT Yang Maha Mulia.Bahaya Aqeedah dan kedudukan Iman.
Yang berpakaian selain dari pada Sunnah Nabi SAW adalah mengikut Orang Nasrani dan Orang Mushrik dan kata Nabi SAW - mereka yang mencontohi nasrani dan Mushrik adalah dari mereka, jangan heran esok kita di bawah payung orang kafir dan Nasrani.
WaAllahu A'alam.

2011/4/22 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 

Saya amat setuju dengan penulis. Masalahnya masyarakat kita sering memandang kepada zahir. Kalau seseorang bersarban dan ketayap pandai bercakap soal agama, mereka mudah digelar ulama walau ilmu tak seberapa. Tetapi kalau seseorang itu mempunyai ilmu agama yang tinggi pun, tetapi kalau berpakaian ala barat (kot dan bertali leher), masyarakat agak ragu2 memanggil mereka sebagai ulama.

Orang yang bersarban dan ketayap lebih mudah dipercayai berbanding dengan yang berkot dan tali leher. Apa lagi kalau siap dengan berjubah.



2011/4/22 Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
 

Kepentingan Memuliakan Alim Ulama (1)

Assalamualaikum WBT,

Pada zaman ini, buruk sangka terhadap ulama, sifat tidak peduli malahan menentang dan menghina mereka telah menjadi perkara yang biasa bagi sesetengah pihak. Perkara ini adalah sangat berbahaya menurut pandangan Islam itu sendiri. Memang tidak dinafikan dalam setiap kumpulan orang yang baik, wujud juga orang yang jahat. Begitu juga dikalangan alim ulama.Dalam hal ini dua perkara perlu diberi perhatian.

Pertama
Selagi tidak dapat dipastikan seseorang itu tergolong dikalangan ulama yang jahat, janganlah kita sesekali melemparkan sebarang tuduhan keatasnya. Sekiranya kita menolak nasihat seseorang alim ulama tanpa penelitian terlebih dahulu semata-mata kerana perasaan sangka buruk bahawa dia adalah ulama yang jahat, maka kita telah melakukan kesalahan yang lebih besar lagi.

Rasulullah SAW begitu berhati-hati dalam perkara ini sehingga apabila orang Yahudi menterjemahkan kitab Taurat ke dalam bahasa Arab dan membacakannya kepada para sahabat r.hum, Baginda SAW telah bersabda"Kamu janganlah membenarkan kata-kata mereka dan jangan kamu mendustakannya, katakanlah sahaja - Kami beriman dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT turun" (Hadis riwayat Bukhari)

Melalui hadis ini Nabi SAW telah melarang kita daripada membenarkan dan mendustakan terjemahan orang kafir itu tanpa penelitian terlebih dahulu. Sebaliknya keadaan yang berlaku dikalangan kita pada hari ini ialah, apabila ada orang mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita terus menyerang keperibadiannya, dengan tujuan supaya pendapatnya dipandang ringan walaupun dia daripada kalangan ahli haq yang sebenarnya.

Perkara kedua bersambung disini
 
 





--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 






--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment