Thursday, April 21, 2011

Re: RG09... MATI ITU PASTI

 

Nabi mengajarkan satu doa berbunyi "Allahummah-tim-lanaa-bihusnul-khotimah-walaa-tahtim-'alaina-bi-su'ul-khatimah" ertinya: Ya allah berikanlah kepadaku penutup hidup yang baik dan jangan engkau berikan penutup hidup yang buruk"  Hujung hidup yang buruk itu maksudnya tidak dapat mengucap samaada secara zahir atau dalam hati.
 
Penutup hidup yang baik itu ertinya dapat mengucap ketika akan mati kerana ada hadis yang menyebutkan " Man-aakhiru-kalaamihi-laa-ilaha-ill-allah-dakhalal-jannah" Barangsiapa dapat menyebut laa-ilaha ill-allah diakhir kalamnya maka masuklah dia kedalam syurga. Ini adalah kerana sakaratul maut itu amatlah dahsyat ujiannya, tiada siapa dapat menolong, nak bagi rasuah pun tak boleh. 
 
Untuk mendapat kan itu nabi ada pula menyebutkan " Apa yang menjadi kelazimanmu, itulah yang akan dibawa mati" Oleh kerana itu lebih 200 ayat didalam al-qur'an menyarankan agar melazimkan Dzikirullah. Itulah yang menjadi pekerjaan ahli-ahli tharekat tasauf...namun sekarang ini kata Jabatan Agama Islam "AJARAN SESAT"
 
DIMANAPUN KITA MENINGGAL TIDAK SOAL...SEKALIPUN SEDANG SUJUD DIDALAM KA'ABAH WALAUPUN DARI SEGI ZAHIRNYA NAMPAKNYA BAGUS LAH NAMUN INTI PENTINGNYA DAPAT MENGUCAP.  Wallahu'alam
 
Dengan ampun dan maaf jua
 

 
From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 22 April 2011 1:41 AM
Subject: Re: RG09... MATI ITU PASTI
 
Salam.
Ya Allah akhirilah hidup kami dengan Islam
Ya Allah akhirilah hidup kami dengan membawa iman
Ya Allah akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah
Ameen!!!

2011/4/21 hamba Allah <surianimuhammad2004@yahoo.com>
Pernahkah anda berdoa untuk mati dalam keadaan yang bagaimana, saya berdoa pada Allah swt untuk mati dlam sujud dimasjidilharam mekah atau dimasjid nabawi madinah..insyaAllah..amin Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb...

--- On Wed, 20/4/11, ALYA SYAFIQAH SYAMSUDDIN <alishar3827@yahoo.com.my> wrote:

From: ALYA SYAFIQAH SYAMSUDDIN <alishar3827@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG09... MATI ITU PASTI
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 20 April, 2011, 2:07 PM

Salam Kawan2
Memang mati itu sangat2 pasti..
Saya baru je kehilangan suami tersayang secara mengejut...
Alhamdulillah ketika arwah dijemput kembali... arwah tengah menunaikan solat sunat sebelum asar di masjid lama upm pada 27/1/2011.
Arwah jatuh terkena serangan jantung ( x pernah sakit ), arwah dipangku bilal dan imam, arwah pergi dengan lengkap kalimah syahadahnya
Sehingga hari ni kami sekeluarga masih terkjut dh blum boleh terima kenyataan sepenuhnya..
Arwah seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab..
Salam.. 
ilhamsabri
From: Hapeda Binti Abdullah <hapeda.abdullah@bnsy.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, April 20, 2011 3:59:54 PM
Subject: RE: RG09... MATI ITU PASTI
 
As salam,
 
Aku juga baru kehilangan jiran 4 hari yang lepas, masih muda berusia 31 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun….dia dimasukkan ke ICU selepas pembedahan usus. Dia koma selama 5 hari dan sedar pada 13/4/2011. Selepas mendapat berita daripada jiran yang lain, aku pergi melawatnya di ICU dan Sesampainya aku disana aku melihat keadaannya amat menyedihkan tapi mengikut suami keadaannya adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Melihat keadaan itu aku beranggapan bahawa dia akan sembuh dan dapat pulang semula kerumah tapi pada hari jumaat 15/4/2011 pada pukul 11.00 malam aku diberitahu oleh emaknya bahawa dia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of mala yusof
Sent: Wednesday, April 20, 2011 2:43 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... MATI ITU PASTI
 
salam,
mati memang pasti..saya baru balik dari kubur pengebumian abang
saya ari ni...semuga dicucuri rahmat keatas rohnya

best regards,
mala asq


--- On Tue, 19/4/11, Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com> wrote:

From: Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... MATI ITU PASTI
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 19 April, 2011, 9:24 AM
Salam to all,
 
" Setiap yang hidup pasti akan mati"
 
Bagaimana keadaan kita mati? Mati mudakah, mati kerana dadah kah, mati ditembak kah, mati minum racun tikus kah? itu urusan kita sendiri kerana jalan hidup kita yang pilih walaupun panduannya telah diberikan Tuhan, tetapi yang pasti semua akan mati. Itu janji Tuhan.
 
Untuk yang beragama Islam, Nabi ada menyebutkan " Man aakhiru-kalamihi-laa-ilaha ill-allahu-dakhalal Jannah" Barang siapa diakhirkalamnya dapat ia menyebut nama allah [ dizahirkannya atau dalam hatinya] maka masuk syurga.
 
Kedua, sabda Beliau bermaksud " Apa yang manjdai kelazimanmu...itulah yang akan kau bawa ketika akan mati" Jadi fikir-fikir sendirilah apa yang harus menjadi kelaziman kita.....
 
"Biar Ilmu sedikit tetapi diamalkan...jangan banyak Ilmu tetapi dipersiakan" 
 
Ampun maaf.
 
 
 

MATI ITU PASTI

 
          Menunggu di wad kecemasan membuatkan hatiku berdebar-debar. Abah masuk ke dalam. Melihat perkembangan tok. Manakala aku setia menunggu di kerusi yang disediakan. Leka aku menonton kartun UPIN dan IPIN.
 
          Tiba-tiba..masuk seorang ibu mengendong anaknya.
 
          "Jatuh kolam…"
 
          Itu yang kedengaran. Lantas… serta merta budak itu dibawa masuk ke dalam ruangan kritikal. Kesian… detik hati kecilku.
 
          Selang beberapa minit. Masuk seorang lelaki..dalam lingkungan 30-an barangkali. Mengisi borang. Kawannya datang bertanya.. kenapa?
 
          "Anak aku meninggal… jatuh kolam…"
 
         Mata aku tak lekang dari memandang lelaki itu. Dia menangis! Allah… hari ini anaknya telah engkau ambil kembali.
 
Aku pula yang menitiskan air mata!
 
*****
 
          Abah memanggilku untuk masuk melihat keadaan tok. Doktor kata dah kritikal. Mungkin sampai esok sahaja.. itu kata doktor. Belum kata Allah kan ?
 
          Aku melangkah masuk. Sebak…wajah tua ini yang menjaga aku dari aku kecil hingga dewasa. Tika abah bekerja…kepada dialah aku bermanja. Kini…dia sudah di mamah usia.. lesu di katil itu. Tasbih di tangan di genggam erat. Aku cium dan peluknya.. sebak.
 
          Melangkah keluar. Aku pandang di sebelah kanan. Budak itu… mati.. Ya ALLAH… kecil sahaja budak itu, jatuh kolam ikan ketika bermain dengan kakaknya.
 
*****
 
         Mendapatkan abah. Kami mahu bergegas pulang. Menghantarku ke tadika. Aku pandang wajah si ayah budak tadi. Menangis di pelukan temannya. Aku pandang dan terus pandang. Sedihnya…
 
         Dalam perjalanan pula. Abah yang menangis. Aku jadi sebak. Abah menangis kerana ibunya bakal dijemput Ilahi. Seorang lelaki menangis kerana ibu yang dikandungnya akan pergi. Sekalipun dia lelaki..egonya akan runtuh apabila ibunya akan pergi meninggalkannya.
 
         Aku sebak… aku kenangkan. Macam mana kalau aku yang mati?
 
 
Tepuk dada tanya iman… apakah persediaan kita untuk menghadapi mati?
 
Mati itu pelbagai cara… kita tidak tahu bagaimana!
 
          Koreksi diri kita sahabat!
 
 
Hatiku berkata,
Serikandiumar93
7:22 pm
16 APRIL 2011
 
--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment